|
Dihasilkan memang untuk buat penonton ketawa dan hilangkan ketegangan\rBIARLAH apapun yang hendak diperkatakan, filem terbaru keluaran MIG Production, Senario The Movie: Ops! Pocot memang menggeletek hati penonton, sekurang-kurangnya menjadi bahan hiburan untuk meredakan ketegangan. \r\n\n\n\n\rFilem arahan Bob Hasim itu ditayangkan sejak 21 Julai lalu memang seolah-olah dihasilkan untuk menggamit keceriaan dan ketawa besar dengan gelagat Azlee, Wahid dan Mazlan atau Lan Pet Pet. \r\r\n\n\n\n\nFrasa bosan, rugi, menyesal dan menjengkelkan tidak langsung tergambar di riak wajah penonton kerana pengarah dilihat bijak mengadun kesinambungan babak dengan memasukkan aksi komedi yang segar dan sukar dijangkakan.\rPada sesi pra-tonton baru-baru ini, wakil media yang hadir ketawa terbahak- bahak menyaksikan gelagat dan mimik muka ketiga-tiga peneraju utama filem ini memacu lakonan komedi mereka ke dalam filem yang turut menampilkan pelakon seperti Kamal Adli, Diana Amir, Sasqia, Shahfiez dan Alex Yanz.\rKehadiran pelawak ‘otai’, Mr Os sangat membantu dalam menambah rempah ratus dalam naratif penceritaan dan gabungan pelakon lama dan baru ini dilihat memberi suntikan terbaik dalam industri lawak tanah air.\rWalaupun hakikatnya, setiap corak lakonan ketiga-tiga trio Senario sama seperti filem sebelum ini, genre aksi yang diselitkan dalam episod Ops! Pocot dilihat ada sedikit peningkatan dan kelainan.\r\n\n\n\n\rTiada pelakon wanita popular, tanpa sinematografi indah dan tiada penggunaan teknik canggih tetapi ia tidak menghampakan penonton kerana kekuatan filem ini adalah pada lontaran dialog yang begitu yakin dan gaya bersahaja pelakon mengemudi setiap babak dengan baik.\rFilem yang menjalani penggambaran di negeri bersejarah, Melaka itu dilihat memberi kepuasan kepada penonton dengan paduan bakat semula jadi antara pelakon dan pengarah yang pernah mencipta fenomena melalui filem Ngangkung yang dilihat bijak mengisi ruang lakon dengan mesej yang sarat kepada khalayak penonton.\rKebijaksanaan pengarah dalam menyunting subjek penceritaan dalam aksi selamba watak menjadikan filem ini berada pada tahap yang membanggakan dan Bob ada aura tersendiri dalam mengemudi filem ini.\rKecilnya produksi ini dilihat apabila menggunakan Senario sebagai peneraju utama kerana tiada hujahan boleh dibuat kepada ketiga-tiga ahlinya yang sudah mengumpul peminat selama berbelas tahun dulu, tidak kira bangsa dan peringkat umur.\rSelayaknya penjelmaan filem yang menggunakan Ikatan Relawan Malaysia (RELA) sebagai subjek utama filem ini memberikan sesuatu yang baru kepada dunia filem komedi tempatan.\rBob ketika ditemui selepas pra-tonton filem Senario The Movie: Ops! Pocot berkata, dia mengambil kesempatan dengan niat murni RELA bagi mengumpul lebih banyak ahli sukarelawan menyertai agensi itu dan kehadiran filem ini dilihat tepat pada masanya.\r“Saya memang sudah terfikir untuk menghasilkan filem yang membabitkan badan kerajaan dan kebetulan RELA sedang mengumpul ahli baru dan saya hasilkan filem ini yang serba sedikit memberitahu masyarakat apa itu RELA,” katanya.\rKetika diajukan soalan, setiap babak yang diperlukan dalam menjayakan filem itu melalui perbincangan bersama RELA dan sudah ada garis panduan yang ditetapkan bagi memenuhi keperluan filem itu.\r“Penayangan filem ini mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), dan mesej yang disampaikan dalam filem ini diharap dapat menarik minat golongan muda untuk menyertai RELA,” katanya bersungguh-sungguh.\rTayangan pada pada 21 Julai ini sehingga terbitnya bulan kemerdekaan dan ia dilihat sebagai perjuangan anak seni memperjuangkan filem yang menyanjung pihak keselamatan negara.\r“Filem ini hadir menyambut merdeka dan bagus atau tidak filem ini, ia berlandaskan matlamatnya menggambarkan perjuangan anggota RELA untuk negara,” katanya.\rSementara itu, Azlee berkata, saiz badannya yang besar tidak menghalang dirinya melakonkan watak aksi walaupun terpaksa mengambil cuti sehari kerana mengalami kecederaan di kaki.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|