TOKYO - Klip video menunjukkan sotong menari di dalam pinggan semasa dihidangkan kepada pelanggan di restoran-restoran Jepun mencetuskan kemarahan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Ramai pengguna yang menonton klip video berkenaan di laman perkongsian video YouTube berang kerana percaya haiwan tersebut dimakan hidup-hidup.
Bagaimanapun, seorang pengusaha restoran memberitahu, aksi luar biasa itu berpunca daripada perbuatan menitikkan sos kacang soya ke atas sesungut sotong yang baru mati.
Bahan kimia sodium dalam sos berkenaan mencetuskan kejutan elektrik pada sel-sel sotong yang belum mati yang menyebabkan sotong itu menggelupur atau kelihatan seperti sedang menari.
Setakat ini, klip video berkenaan yang dirakam oleh seorang pelancong di Hokkaido, Jepun telah ditonton sebanyak sejuta kali. - Agensi
rasanya belah2 jepun,china,taiwan,hongkong ni dh biasa makan hidup2....i penah tgk kat youtube diorg makan ikan hidup2....masukkan kejap lam kuali, pastu makan walhal ikan tu dok menggeletik lg....tu blom tgk diorg sedut otak monyet dgn straw lg tu...diorg wat lubang kat kepala monyet, pastu sedut otak...yg ni i dok dgr je, xtau ada lam utube ke tak..kalu ada pon x lalu nk tgk...
kan.... sashimi memang sedap makan mentah2.. lebih2 lg yg fresh. wangi je bau.. tp tak la makan yg hidup lg tu... org marah sbb diorg ingat sotong tu dimakan hidup2.
btw.... kat jepun ada ke yg makan seafood yg masih hidup?
But the bizarre spectacle is actually caused by pouring soy sauce on a freshly killed squid's arms.
Sodium in the sauce reacts with the still-active cells in the squid, producing a kind of electrical impulse that makes the creature's tentacles leap about as if alive or 'dancing'.