View: 404|Reply: 0
|
Sedekad Rafeah Buang dalam kenangan
[Copy link]
|
|
Kemerduan dan kelembutan suaranya tetap dirindui peminat\rAnak Cina memasang lukah,\r\n\n\n\nLukah dipasang di Tanjung Jati, \rDalam hati tidak akan ku lupa\rBagai rambut tersimpul mati.\r\n\n\n\n\n\rWALAUPUN kini jarang kedengaran lantaran kurang disiarkan di radio tetapi Don Juan, Hatiku Kau Curi, Bila Dikasihi dan Si Dia adalah antara lagu-lagu terbaik nyanyian Datin Rafeah Buang. \rItu tidak termasuk dengan lagu Kenangan Di Rantau Abang, Udang Sama Udang, Kaca Mata, Ada Gadis Di Sebelahnya, Sepuluh Tahun Lalu dan Daun Daun Berguguran. Semuanya itu adalah sebahagian daripada lagu nyanyiannya. \rPastinya beberapa hari menyambut Aidilfitri nanti, kita tidak akan melepaskan peluang, malahan merindui ‘lagu raya’ nyanyian Rafeah iaitu Bila Takbir Bergema.\rBetapa merdu dan romantiknya suara Rafeah boleh dirasai tatkala menyanyikan lagu Gurindam Jiwa bersama A.R Ismail - yang juga menjadi lagu tema untuk filem Gurindam Jiwa arahan M Amin pada tahun 1966 yang menampilkan hero serta heroin pujaan Malaya, Nordin Ahmad dan Latifah Omar. \rBait lirik daripada lagu Gurindam Jiwa yang dipersembahkan kepada peminat sentiasa hidup dalam dunia suara tanah air dan lirik ini sesuai ditujukan kepada penyanyi lagu ini yang sentiasa menjadi kenangan walaupun sudah hilang menyambut panggilan Illahi.\rPunyai perwatakan ceria dan raut wajah penuh keibuan, nama Rafeah pastinya tersemadi di ingatan bukan saja di kalangan keluarganya malahan rakan-rakan seperjuangan serta peminat lagu-lagu indahnya.\rPada 25 Julai lalu, genap 10 tahun wanita tabah yang dilahirkan di Kampung Pisang, Singapura ini meninggalkan kita. Pemergiannya memang kurang dikenang seperti mana kita mengingati Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman. Tapi itu bukan bermakna, tidak ada peminat yang sudah lupa dengan penyanyi bernama Rafeah Buang ini.\rTidak dinafikan penyanyi hebat era 1960 sepertinya mempunyai banyak koleksi lagu emas yang pastinya masih segar di ingatan kalangan peminatnya.\rWalaupun pepatah mengatakan patah tumbuh hilang berganti, namun tidak buat Allahyarham yang mempunyai bisa dalam sentuhan suara lunaknya ini dan sehingga kini tiada siapa yang mampu mengisi ruang kekosongan yang ditinggalkannya.\rKemerduan suara Allahyarham berduet bersama pasangan idealnya, Datuk Ahmad Jais dalam mendendangkan lagu Selasih Ku Sayang adalah paduan suara yang cukup gemersik untuk dihidangkan kepada halwa telinga peminat zaman itu. \rMengimbau nostalgia lama, pasangan serasi itu pernah mencipta kenangan indah pada Konsert Perdana Pop Yeh Yeh Ulang Tahun ke-35 yang mendapat sambutan kira-kira 1,000 penonton yang memenuhi Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) semata-mata mahu menyaksikan bakat yang dianugerahkan tuhan ini mengeluarkan suara lunak emasnya.\rKehilangan biduanita negara yang menghembuskan nafas terakhir setelah sekian lama menderita melawan penyakit barah yang dihidapinya dan Hospital Kuala Lumpur menjadi saksi pemergian Allahyarham meninggalkan suami tercinta, Tengku Asmawi dan tiga orang bukti cinta mereka, Tengku Ahmad, Tengku Khairul Ashraf serta Nurul Iman Saleha.\rHakikatnya, jasad wanita yang disemadikan di sebelah pusara anaknya, Tengku Amirul Ashraf di Makam Diraja Pekan, ini bukan penamat kepada segala curahan baktinya kepada dunia seni kerana wanita berimej baik sehingga ke akhir hayat ini sentiasa berada dalam hati peminat setianya.\rKehadirannya sebagai penyanyi disambut dengan doa iringan dan pemergian anak seni ini ditangisi ratusan ribu peminatnya yang terpaksa merelakan jua pemergian seorang bakat seni.\rDilahirkan pada Julai 1948, bintang keunggulannya mula menyerlah sebaik menjuarai bintang Satria Singapura tahun 60-an dan kemenangan itu ibarat acuan yang membentuk seorang penyanyi kelahiran Singapura yang punyai pesona.\rLangkahnya dalam bidang suara bermula dengan pancaragam Sahaja Begitu yang turut dianggotai bapanya, Haji Buang Haji Amin yang mengambil tempat sebagai pemain double bass dan pancaragam yang popular di daerah Tanjong Pagar itu sering mengadakan latihan di Kampung Pisang iaitu di belakang Stesen Keretapi Tanjong Pagar.\rMengimbau kembali kegemilangan bintang ini satu ketika dulu, stesen kereta api Tanjung Pagar pernah menjadi saksi kepada kepulangan Allahyarham yang dianggap sebagai wirawati oleh peminatnya ketika pulang membawa kemenangan sebagai juara Bintang radio di Kuala Lumpur setelah menyanyikan lagu Bakti Setia.\rSepanjang pembabitannya, sebagai penyanyi, Allahyarham sudah menawan hati peminatnya dengan suara merdu bak buluh perindu yang meninggalkan kesan mendalam dalam dunia muzik tanah air.\rMembesar di Singapura sehingga tuahnya tercipta apabila menjadi sebahagian keluarga diraja Pahang, wanita jelita ini tidak menjadikan kedudukan yang ada padanya sebagai medan pemisah untuk dia bertemu rakan seperjuangannya.\rIstimewanya, wanita yang menderita penyakit barah sejak 2002 yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan suaminya ini sering disifatkan sebagai wanita sopan, mudah mesra, suka tersenyum dan agak pendiam.\rSeorang daripada rakan rapat Rafeah ialah penyanyi era 60 an dan 70an, Fatimah M Amin yang sering berkongsi bilik setiap kali mengadakan persembahan di merata negeri. \r\"Saya hadir dalam dunia seni pada 1964 dan Allahyarham pada 1960. Jadi kami berkawan rapat kerana kerap kali berkongsi bilik dan menaiki kenderaan yang sama ketika mahu mengadakan persembahan bersama,\" katanya yang memberitahu pernah berkongsi katil yang sama bersama Allahyarham dan seorang lagi sahabat mereka.\rIkuti bahagian kedua mengenai Rafeah Buang daripada beberapa teman rapatnya iaitu Kassim Masdor, Datuk Ahmad Jais dan Datuk Jeffrydin dalam Hip esok
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|