CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23775|Reply: 164

Syaitan di Bulan Ramadhan

[Copy link]
Post time 5-8-2011 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by f_zal at 5-8-2011 16:20

Saya rasa ramai keliru di antara syaitan dan jin di bulan Ramadhan, maka di sini saya kongsikan ilmu dari saudara seIslam saya, Tuan Junied, semoga beliau mendapat pahala di atas ilmu yang dikongsikan,
Terpulang sama ada untuk mempercayainya atau tidak, tiada paksaan dalam Islam

Adapun yang disebut syaitan itu terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Asli dan Syaitan Terbitan:


SYAITAN ASLI


1.Iaitu jin kafir dari keturunan Iblis, sementara Iblis itu sendiri juga adalah bangsa Jin.

2.Ia semulajadi cinta kepada kekafiran dan sejak lahir sampai matinya ia akan tetap kafir.

Mereka seperti Iblis iaitu Iblis itu dulunya adalah orang besar dalam kalangan Malaikat, maka ia tahu mana benar, mana sesat, mana baik dan mana buruk.

Tapi dengan ilmunya yang sangat tinggi itu dan keangkuhannya, ia tetap memilih kesesatan dari kebenaran dan kejahatan dari kebaikan.

Maka begitulah juga naluri Syaitan Asli.

Dan dikatakan seandainya Syaitan Asli itu menjadi Pendakwah (menyebarkan Islam), nescaya ramailah manusia dan jin yang beriman dari sebab pengenalan meraka yang sangat dalam kepada kebenaran.

Namun pada hakikatnya Syaitan Asli itu tak mengajarkan sesuatu kecuali: "Bagaimana sepatutnya engkau buat, supaya bila engkau mati nanti engkau akan pulang ke Neraka"


SYAITAN TERBITAN

Iaitu, adapun kerja Syaitan Asli itu adalah menngerjakan juga mendorong dan menghasut seseorang kepada fikiran, cita-cita perkataan dan perbuatan yang melanggar perintah suruhan dan larangan Allah (maksiat).

Maka apabila jin bukan syaitan Asli termasuk jin Kafir dan manusia melakukan kerja Syaitan Asli, maka ketika itu jadilah jin biasa dan manusia itu sebagai syaitan (ketika mengerjakannya).

Kalau ia berhenti atau tak buat maka ia bukan lagi dipanggil syaitan, iaitu Syaitan Terbitan itu adalah istilah semata-mata untuk jin biasa dan manusia yang buat kerja Syaitan Asli.

Manakala Syaitan Asli itu kalau mengerjakan kejahatan maka ia tetap syaitan dan kalau ia mengerjakan kebaikan pun, ia tetap syaitan.

Kerana kejahatan dan kebaikan Syaitan Asli itu sama saja tujuannya iaitu kejahatan (tipudaya semata-mata).

Jin bukan Syaitan Asli maka ia seperti manusia ada baik ada jahat dan ada berbagai anutan agama.

Ia boleh berubah bila-bila saja kalau ia mahu contohnya dari baik kepada jahat atau sebaliknya, dan menukar agama atau dari beragama kepada tak beragama atau sebaliknya.

Dengan kata lain ada yang keras kepala tapi tak mustahil berubah dan ada pula yang mudah insaf dari kejahatan dan kesesatan kepada kebaikan dan kebenaran.

ADAPUN yang biasa disebut hantu penunggu, jembalang, hantu raya, pontianak, toyol, pelesit, penanggal, saka dan sebagainya adalah dari kalangan jin bukan Syaitan Asli.

DI BULAN RAMADHAN

Maka pada Bulan Ramadan hanya Syaitan Asli yang ditangkap dan dikurung manakala jin bukan Syaitan Asli sebagaimana manusia tetap bebas.
Dan dari kalangan dua golongan inilah yang menjadi syaitan di bulan Ramadhan (Syaitan Terbitan).

Begitu juga yang mengganggu menakutkan yang mendampingi atau menyerang termasuk jin sihir, yang merasuk, yang menghuni jasad manusia itu adalah jin biasa dan bukan Syaitan Asli.

Maka dalam bulan Ramadan ia akan terus mengganggu dan menyakiti manusia.

Pada satu buku (saya lupa tajuknya) ada disebutkan seperkara tentang Syaitan Asli, iaitu walaupun Syaitan Asli itu juga bangsa jin tapi ia dapat menghasut golongan jin bukan Syaitan Asli itu sebagaimana ia menghasut manusia iaitu tanpa terlihat dan tanpa disedari.

Dengan kata lainnya, ia juga bermaksud bahawa kejadian jin dari kalangan Syaitan Asli itu lebih halus daripada kejadian jin bukan dari golongan Syaitan Asli.

Ada riwayat menyebutkan bahawa pada Hari akhirat kelak Iblis itu akan didudukkan pada suatu tempat di mana seluruh penghuni Neraka (dari kalangan Jin dan Manusia) akan dapat melihatnya dengan jelas.

Ketika terrdengar satu seruan maka melihat kepadanya seluruh penghuni Neraka dan dengan segera mereka mengenalnya.

Maka mereka pun melaknat si Iblis dan berkata: "Kerana engkau lah kami menjadi penghuni Neraka..."

Jawab Iblis: "Semasa di Dunia dahulu aku hanya sekadar menghasut kamu kepada kemungkaran sedangkan kamu boleh mengingkariku, tapi kamu sedirilah yang memilih untuk taat kepadaku. Maka hari ini janganlah kamu melaknatku, tapi laknatlah dirimu sendiri."

Wallohu a'lam

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 05:17 PM | Show all posts
Good info bro..

Mengikut dari apa yang saya pelajari pula, yang dimaksudkan syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan itu ada 10 jenis iaitu :-

1. Iblis laknatullah itu sendiri.

2. Anaknya yang bernama Zalituun - Pakar dalam hal menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.

3. Wathiin - Pakar dalam mendorong manusia berpra-sangka buruk dan putus asa terhadap Allah.

4. A’awan - Pakar yang ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.

5. Haffaf - Pakar dalam menggoda manusia meminum arak / khamr dan benda memabukkan.

6. Murrah - Pakar dalam melalaikan manusia dari mengingati Allah dengan muzik, hiburan,gossip dan segala benda yang melalaikan.

7. Masuud - Pakar dalam membinasakan manusia melalui kata2 fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja dosa yg muncul dari lidah dan mulut.

8. Daasim - Pakar dalam merosakkan rumah tangga manusia dan menggoda ke arah zina dan maksiat.  

9. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

10. Lakhuus -  Pakar dalam menyesatkan akidah manusia dengan menyembah api, batu berhala, bintang dan lain2.

Mereka inilah adalah 10 jenis syaitan yang dirantai di bulan puasa dan dicampakkan ke dalam lubang yang paling dalam dan gelap di laut. Mereka ibarat kerabat diraja Iblis yang berdarah tulen dan mempunyai kedudukan hirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan Iblis.

Mereka diberi umur yang panjang sehingga akhirat dan di bawah mereka ada askar2 jin dan syaitan yang bertugas untuk menyesatkan manusia.

Bila mereka dirantai, anak buahnya masih lagi bebas di bulan puasa tetapi hilang arah tuju seketika kerana tiada sesiapa yang menjadi ketua. Ibarat askar yang tiada jeneral, mereka lebih lemah dan kurang upaya mengganggu manusia berbanding sebelum jeneral2 mereka diatas ada di atas bumi..

Wallahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2011 05:24 PM | Show all posts
Good info bro..

Mengikut dari apa yang saya pelajari pula, yang dimaksudkan syaitan yang dirantai ...
evilcooler Post at 5-8-2011 17:17

bagus ilmu yang dikongsi
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 07:22 PM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 07:48 PM | Show all posts
Manakala yg x puasa, pembuat maksiat dan durjana di bulan yg mulia ni..adalah setan yg bertopengkan manusia.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 08:41 PM | Show all posts
errr adakah maksud disini cume iblis & kerabat diraja iblis je yg dirantai...manakala anak2 buah,askar2nye masih bebas....



bole bg lebih info......................
(klu bole bg link or dr sape info tu dpt)



thanks..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2011 09:03 PM | Show all posts
Manakala yg x puasa, pembuat maksiat dan durjana di bulan yg mulia ni..adalah setan yg bertopengkan  ...
juragan_malam Post at 5-8-2011 19:48



    Betol3!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2011 10:00 PM | Show all posts
Good Info TT...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2011 10:43 PM | Show all posts
beat baca penerangan TT
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 01:03 PM | Show all posts
cam tu...yg pangkat tecik2 masih berkeliaran lah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 04:25 PM | Show all posts
ooo skrg baru betul2 faham..patutlaa ada yg still kena ganggu..sakit akibat sihir...

p/s: ada sape2 tau tpt berubat yg kuat...ex...siam ke..asli ke....tq
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2011 09:17 PM | Show all posts
owh..begitu...thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 02:38 AM | Show all posts
Good info...

Thank you so much TT...  
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 03:30 PM | Show all posts
Kalau nak tengok syaitan terbitan di bulan puasa tanpa hijab, pergilah kat kedai mamak di KL pada waktu tengahhari di pintu belakang
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 10:34 AM | Show all posts
agaknya syaitan yg jenis walahaan...bnayk kut terutama ketika solat tarawikh...sbb tu buat manusia x kusyuk dlm solat....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 12:05 PM | Show all posts
Reply 6# angura

Info yang saya beri tak cukup lagi? Atau nak kena lihat dengan mata sendiri bagaimana mereka dirantai dan tempat di mana mereka di rantai?  

Apa yang saya katakan tidak ada dalam Al Qur'an secara spesifik nama2 mereka, tetapi itulah hakikatnya. Kalau saudara tidak percaya pun, terpulang. Hanya sebagai menambah cerita di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2011 12:16 PM | Show all posts
Thanks TT... good info..

Mmm.. jadi maksudnyer... kalo sapa2 yg lik dari terawih, tibe2 terjumpa kak ponti tue... kiranyer bukan sesuatu yg menghairankan la yek...   

dulu msa kecik2.. dok pikir antu setan semua kena rantai.. jadi... disogokkan dengan kata2 semangat supaya tk takut,..."bulan posa mana ada antu! jom kita men mechun.. "
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 12:18 PM | Show all posts
Reply 16# evilcooler



bole ke tgk....klu kita bole tgk jin dirantai....rsenye 24/7 kita beribadat pd Allah tanpa henti....


maksud ku...kan ke lg molek klu ade sedikit info or ilmu dr buku mane or terbitan dri siapa...so xde la nnti salah faham ni berpanjangan dek kerana kecetekan ilmu....







p/s: NAFSU tidak dirantai...bulan pose ni ade sesetengah org selalu mengikut telunjuk nafsu.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 12:20 PM | Show all posts
Reply 14# tarabas1976



yg tu setan gastrik la tarabas...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2011 01:35 PM | Show all posts
Good info bro..

Mengikut dari apa yang saya pelajari pula, yang dimaksudkan syaitan yang dirantai ...
evilcooler Post at 5-8-2011 17:17



    good info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.495263 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list