CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26983|Reply: 300

Murid mati makan juadah berbuka

  [Copy link]
Post time 10-8-2011 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Norrasyidah Arshad

2011/08/10




Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.


Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.

“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.

Credit to Utusan Malaysia...

Al-fatihah... Kasihannya... gara gara kecuaian orang lain, orang lain yang dapat musibah. Kalo ada sesapa yang ditimpa musibah yang sama selepas membeli juadah posa kat Param yang sama, hopefully mereka akan buat laporan polis gak... agar si culprit tak terlepas lari....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 07:45 AM | Show all posts
takziah pada keluarga mangsa......saman je....buang karan nak nasihat nie....dah ler jual mahal...kotor plak tue....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 07:50 AM | Show all posts
PBT kena rajin pantau n KKM patut ambik sampel makanan lebih kerap utk pastikan makanan yg dijual benar2 selamat utk dimakan

bila baca benda ni, aku takot lak nak beli makanan kat pasar ramadhan petang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 07:49 AM | Show all posts
si ayah sangat2 penyabar.....x salahkan sesiapa

but the kid with dengue? rasenya x related dengan food poisoning kan?

~kalo betul la sebab makanan kat param, memang hampeh giler la.....tapi org lain yg beli jugak, x plak kena ek....

~aku n org2 dlm umah aku penah tiba2 je diarrhea, x lalu makan tahun lepas.....baby kat umah pon diarrhea......padahal dia x makan apa yg kitorang makan.....memang amse tu pelik sgt.....nak kata air x masak....aku xleh minum air yg tapis2 tu......the baby of coz la x minum jugak air2 tu.....other persons minum air tapis2 tu. x minum air2 masak tu......memang pelik sgt....adakah sumber air yg tercemar?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 07:50 AM | Show all posts
keracunan makanan ke ni

al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 07:50 AM | Show all posts
Al-Fatihah....

tkt lak rase nk gi beli kat pasar....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2011 07:54 AM | Show all posts
si ayah sangat2 penyabar.....x salahkan sesiapa

but the kid with dengue? rasenya x related dengan ...
iza_yuss Post at 10-8-2011 07:49



    kalo ikot simptom yg depa citer tu, mmg ada kaitan dgn keracunan makanan.... sakit perut, muntah....
al fatihah utk adik tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 07:57 AM | Show all posts
2 hari b'turut2 i balik kerja nampak jabatan kesihatan dtg kt bazar meru nih...
biasa lah kalau org mniaga bulan puasa nih kena injection tp kdg2 nih ada antara dyorg bukan dpt injection pn.so, pe yg i dgr.smalam semua yg mniaga dah kena injection...yg dah dpt injection tuh dapatlah ceramah free...

*mgkin dah ajal budak tuh kan.so, kite xdpt nk wtpe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 07:58 AM | Show all posts
Al fatihah utk arwah adik Nurdini.....sedihnya...sekeluarga kena....tahun ni alhamdulillah baru sekali beli kat bazar romadhon precint 15...sgt xsedap sbb beli nasi tomato ayam dia masih mentah kat dlm pastu sayur dia cuma timun sepotong ngan salad ....xde acar....kuah ayam xde rasa langsung........ n dh bgtaw ank2 xyah la nk minta ibu beli apa2 lg kat mana2 bazar romadhon...mahall tp xsedap silap2 leh food poisoning...na'uzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 07:58 AM | Show all posts
aku musykil.....org lain yg g param tu......yg beli jugak juadah tu....xde ke yg jatuh sakit?

atau mungkin lalat hanya bertelur kat makanan dia kot.....

apa2 pon memang kesian kat family tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 07:59 AM | Show all posts
mmg tahun ni dgr byk citer pembeli kat bazar terbeli mknn basi n mahal yg amat n ada masuk kat berita baru2 ni rasanya....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:01 AM | Show all posts
peniaga2 bazaar jgn nk pentingkan untung semata2
kebersihan tu penting, tp kalo dh kelabu mata mne nk pikir bersih ye dak?:re:

p/s: nk selamat masak kt umah, simple pun xpe, lgpun bln pose x elok membazir
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:02 AM | Show all posts
Reply 10# iza_yuss

satu persoalan disitu ya...pelik jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:08 AM | Show all posts
hmm.. gerunnya bila ader kes mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:12 AM | Show all posts
Al-Fatihah...

musykil lak kat sini...derang dah siasat betul2 ke? kenapa derang saja yg kena walhal org lain tak de lak buat lapuran... takut sebab lain je...tambah2 salah anak srg anak mrk kena demam denggi..

Apa2 pun ajal dan maut ditentukan oleh-Nya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:14 AM | Show all posts
peniaga2 bazaar jgn nk pentingkan untung semata2
kebersihan tu penting, tp kalo dh kelabu mata mne  ...
RosesAre_Red Post at 10-8-2011 08:01


setuju sgt2 ngan cik roses....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 08:14 AM | Show all posts
al fatihah utk adik tersebut...peniaga param sila jaga kebersihan...adik aku citer die pg param kat kemaman nak beli apa tah sekali pakcik penjual tu bersin kat makanan....terus tak jadi beli....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:15 AM | Show all posts
al fatihah.. keracunan makanan mmg menyeksakan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:16 AM | Show all posts
eeee geli plak baca psl bersin kat mknn......yg len2 ntah camne...kuku, jari......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 08:17 AM | Show all posts

Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.

“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.


Petunjuk di sini....

muntah, cirit birit, taun, demam denggi dan ABC....  

huhuhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.076929 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list