CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Dengarnya...: Bila nak habis sengketa?

[Copy link]
Post time 17-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya...: Bila nak habis sengketa?Oleh Normah Becok2011/08/17\n\n\n\n\n\n\n\nMASIH tak sudah-sudah lagi rupanya perselisihan antara Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, sekali pun selepas kelahiran cahaya mata mereka, Zahrah, yang kini hampir berusia dua bulan. Pelbagai kenyataan diluahkan pengacara terbabit dalam mempertahankan tindak-tanduknya, termasuk episod tamparan ketika berbulan madu di sebuah pusat peranginan.\rMalah berulang kali juga dia memaklumkan tujuannya hanya untuk mengajar isteri yang dikatakan nusyuz. Di pihak isterinya yang juga usahawan itu, hanya sekali saja kenyataan diberi dek isu kenduri cukur jambul. Itu pun selepas beberapa kali Jimmy membuka mulut. Semakin banyak cerita dalam kelambu keluar, semakin seronok masyarakat di luar sana yang mahu mengetahui pengakhiran kisah tragis ini.\r\n\n\n\n\rIyalah, inai di jari belum hilang, sudah timbul kisah mahu berpisah. Cik Normah tak mahu komen apa-apa mengenai sebab-musabab pergaduhan mereka, cuma sebagai insan yang lebih dulu merasa asam garam rumah tangga, eloklah Jimmy menutup mulut kalau berhasrat memujuk isterinya. Sudah namanya insan apatah lagi wanita, tentu hati mudah terguris, perasaan senang terluka.\r\r\n\n\n\n\nIni tidak, semakin banyak kisah yang dipaparkan kepada umum yang menjurus kepada sikap negatif si isteri, semakin lukalah perasaannya. Namun Suhaila mengambil langkah bijak, bercakap hanya jika perlu hingga terkeluar pengakuan sememangnya dia dipukul. Nah, bukankah setiap rentetan membuka pekung sekali gus mengheret keluarga kedua-dua belah pihak.\rPada Cik Normah, cukup-cukuplah Jimmy. Apatah lagi kes ini sudah dibawa ke mahkamah. Sama ada isteri nusyuz atau apa pun kehendaknya, nantikan saja keputusan dengan hati terbuka. Tidak perlu lagi berkata-kata kerana balik-balik cerita yang sama keluar. Cik Normah harap Jimmy juga tenang sekembali bercuti dari Langkawi, disusuli Umrah pada 23 Ogos ini. Doakan yang terbaik untuk kalian berdua.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.407458 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list