CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2898|Reply: 1

6 tips kesihatan yang pelik tapi benar

[Copy link]
Post time 22-8-2011 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Pasti anda juga mempunyai pelbagai tips atau lebih mesra dipanggil petua mengenai kesihatan yang agak pelik tetapi ia berhasil. Mungkin sesetengah tips atau petua itu sebenarnya adalah lebih baik daripada menggunakan perubatan moden. Antara 8 tips kesihatan yang pelik adalah..


(1) Demam panas-  Sekiranya anda mengalami masalah kesihatan seperti demam panas yang tidak keterlaluan, mungkin dengan hanya meminum banyak air dapat membantu. Tetapi untuk mempercepatkan lagi penurunan suhu badan, tips terbaik adalah dengan meletakkan pek ais dibawah lengan atau berhampiran pangkal peha. Ais dapat membantu untuk menyejukkan teras badan. Sekiranya tidak berhasil, pergi dapatkan rawatan doktor.

(2) Gemuruh- Sekiranya anda mengalami masalah darah gemuruh apabila berada didalam sesuatu situasi, tips terbaik untuk mengurangkan tekananadalah dengan menghidu bau buah epal hijau. Hasil daripada kajian oleh Dr Alan Hirsh (pakar kesihatan manusia), bau daripada epal hijau dapat membantu untuk memberikan ketenangan kepada seseorang.

(3) Mengelak luka daripada jangkitan kuman- Mungkin didalam rumah anda tidak memiliki cecair pencuci luka yang membantu untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman. Tips terbaik untuk anda mengatasi masalah ini adalah dengan madu. Sapu madu pada bahagian luka kemudian balut. Ini kerana madu mempunyai ciri-ciri antibakteria yang dapat melindungi luka ringan.

(4) Menghentikan pendarahan- Sekiranya jari anda terluka semasa memotong didapur, cara terbaik untuk menghentikan pendarahan adalah dengan menggunakan lada. Basuh terlebih dahulu luka kemudian taburkan lada pada bahagian yang terluka. Dalam masa yang singkat pendarahan anda akan berhenti. Jangan risau kerana ia tidak akan memeritkan.

(5) Masalah sakit belakang- Sekiranya anda mengalami masalah sakit belakang, perkara utama yang perlu anda periksa adalah kaki. Apabila kaki sebelah pendek walaupun sedikit, ia mungkin penyebab utama anda menghadapi sakit belakang. Ini keranan kaki yang sebelah pendek akan memberikan tekanan pada bahagian belakang badan untuk mengimbangi badan.

(6) Ketagihan rokok- Sekiranya anda mengalami masalah ketagihanrokok, tips terbaik untuk mengurangkan ketagihan adalah dengan menggosokkan jari telunjuk dengan ibu jari atau gosokkan kedua-dua belah tangan. Ini akan memberikan ketenangan pada anda dan membuatkan tangan anda akan sentiasa sibuk. Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu untuk seseorang berhenti rokok sebanyak 25%.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2011 12:10 PM | Show all posts
(4) Menghentikan pendarahan- Sekiranya jari anda terluka semasa memotong didapur, cara terbaik untuk menghentikan pendarahan adalah dengan menggunakan lada. Basuh terlebih dahulu luka kemudian taburkan lada pada bahagian yang terluka. Dalam masa yang singkat pendarahan anda akan berhenti. Jangan risau kerana ia tidak akan memeritkan.


kalu nak cepat air liur pun boleh.. tp luka kecil ler..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056832 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list