CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Raya anak merdeka

[Copy link]
Post time 30-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TATKALA sibuk membuat persiapan raya, beberapa artis popular popular tempatan tidak lupa menjenguk pasukan tentera udara, sekadar menghulurkan sedikit kata semangat dan berkongsi keceriaan sempena kedatangan Syawal bersama mereka. Maklum saja, sebahagian daripada mereka perlu bertugas di Hari Lebaran, berjauhan daripada keluarga dan sanak-saudara.Paling tidak, tercetus senyuman dan kegirangan di kalangan anggota yang perlu bertugas, apabila melihat kelibat pelakon dan penyanyi popular di depan mata. Setidak-tidaknya, sambutan raya dan merdeka mereka kali ini menjadi kenangan yang indah, sebaik saja Kamal Adli, Faezah Elai, Black dan Shila Amzah berkongsi pengalaman beraya bersama tentera.\n\n\n\nArtis popular ini pula nyata menyedari pengorbanan pasukan keselamatan negara, yang mengorbankan raya demi tanah air tercinta. Lalu, mereka sendiri tidak sedikit pun mengeluh walaupun sesi fotografi bersama anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari No 10 Skuadron di Pangkalan Udara Kuala Lumpur ini dilakukan di bawah terik mentari.  \n\n\n\n\nKali akhir beraya soloPELAKON Faezah Elai, 29, mengaku persiapan raya tahun ini dibuat sederhana saja kerana tumpuannya lebih kepada majlis perkahwinannya bersama pengarah drama, Heykal Hanifah, 38, yang akan berlangsung pada 3 Disember depan. Majlis pernikahan pula diadakan pada 9 September depan.\"Saya berdebar juga kerana inilah kali akhir saya beraya secara solo bersama keluarga. Tahun depan, beraya bersama suami pula. Nasib baik rumah mentua hanya di Kulim, Kedah, jadi tak ada masalah untuk kami pulang beraya di Pulau Pinang juga,\"爇atanya.Faezah berharap perkahwinannya itu dapat menepis segala gosip yang dikaitkan dengannya selama ini dan sinar kebahagiaan dalam berumah tangga dapat dikecapinya.\n\n\n\nKetika yang sama, dia terus kencang menerima tawaran berlakon, menyedari periuk nasinya dalam dunia seni harus dijaga.“Saya baru selesai penggambaran telefilem Di Mana Ku Cari Ganti, lepas ini pula saya sibuk dengan penggambaran drama bersiri 26 episod, Jiwa dan Lara.“Selain itu saya juga sibuk dengan filem arahan Shuhaimi Baba, Tanda Putra Negara. Kami akan berlepas ke London untuk penggambaran filem terbabit pada 14 September ini,” jelasnya yang percaya, bakat dimilikinya mampu memberikan peluang untuk dia mencuba peranan lebih mencabar pada masa depan.Sempena sambutan raya dan merdeka tahun ini, Faezah berkongsi kekagumannya terhadap kecekalan anggota keselamatan negara yang terpaksa bertugas pada Hari Raya.“Tidak kira siapa kita dan apa bidang kita, masing-masing ada tanggungjawab sendiri demi membangunkan negara. Golongan artis contohnya mempunyai peranan mereka sendiri dalam memajukan industri seni.“Saya juga pernah tidak pulang beraya di kampung sebab tugas, namun tanggungjawab tentera lebih besar sehingga ada yang sanggup meninggalkan keluarga berbulan lamanya,” katanya.Terpikat pada SharnaazKETIKA ini, single terbarunya, Patah Seribu hangat diputarkan di stesen radio, namun Shila Amzah, 21, sudah berkira-kira untuk melahirkan album solo sendiri pada tahun depan.Mula berjinak-jinak dalam penciptaan lagu, Shila yang kini bergerak sendiri mahu melihat album hasil dirinya sendiri itu mendapat tempat di hati peminat seperti album Tiga Suara, gandingannya bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Dia juga teringin memasuki pasaran negara jiran seperti Indonesia, selepas berjaya menembusi Singapura.Bercerita mengenai gandingannya bersama dua penyanyi terkenal itu, Shila berkata, dia cukup terharu apabila dapat bekerjasama dengan mereka. Malah lebih menggembirakan apabila gandingan mereka diterima ramai dan dia sendiri tidak dibayangi dua penyanyi berkenaan.Tidak lama lagi, Shila bakal tampil bersama klip video Patah Seribu yang menyaksikannya berlakon di sisi Sharnaaz Ahmad.“Inilah kali pertama saya berlakon dalam video muzik, walaupun tanpa skrip. Saya memilih Shaarnaz sebab saya terpikat dengan lakonannya dalam Unggunya Cinta. Saya tertarik dengan penampilannya, seperti ada sesuatu yang membuatkan saya selesa dengannya,” jelasnya.Seperti Faezah, Shila juga beranggapan setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam memajukan negara.“Anggota keselamatan ada peranannya tersendiri, begitu juga dengan bidang lain dan kami anak seni pula berperanan dalam memajukan industri seni untuk pembangunan negara.“Kalau kita lihat, ramai penggiat seni terdiri daripada rakyat tempatan berbanding suatu ketika dulu, bahkan kemajuan industri hiburan kini dibangunkan oleh rakyat tempatan sendiri,” katanya yang nyata terhutang budi pada anggota keselamatan yang memastikan rakyat dapat menyambut perayaan dalam keadaan aman.Idam album bersama Hazama, AzlanJIKA Shila bergandingan dengan Ning dan Jac, Black pula teringin melahirkan album trio bersama Hazama dan Azlan & The Typewriter.Walaupun masih dalam perancangan, Black sudah membayangkan trio gandingan mereka mampu menghasilkan kelainan apabila mendapat sentuhan Hezry Hafidz atau AG Coco.“Selepas pelancaran album saya baru-baru ini, saya sudah rancang untuk buat projek ini bersama mereka dan kami sudah berbincang mengenainya. Insya-Allah kami akan mencari material untuk album itu nanti. Begitupun kami belum tahu lagi konsepnya,” katanya.Black juga enggan mendabik dada walaupun dirinya dilihat lebih menyerlah berbanding bintang realiti lain. Baginya setiap orang mempunyai bakat tersendiri, cuma mungkin rezeki lebih berpihak kepadanya ketika ini.“Orang melihat kita menggunakan telinga bukannya memandang paras rupa. Kalau vokal bagus dan ada bakat, tak mustahil kita akan menjadi perhatian,” jelasnya.Bercerita soal raya pula, Black berkata, persediaan kali ini adalah lebih kepada keluarga. Dengan rezeki yang diperoleh, katanya, dia akan menukar perabot rumah supaya keluarga dapat beraya dengan lebih selesa.Berehat seketika daripada lakonanSETELAH tiga tahun bekerja keras di lokasi penggambaran, Ramadan lalu dijadikan Kamal Adli, 25, sebagai waktu untuk berehat seketika daripada beraksi di depan kamera. Jika ada pun aktiviti dilakukan, hanyalah sesi fotografi serta undangan majlis berbuka.“Penat sangat asyik sibuk dengan shooting sampai tak ada masa nak berehat. Filem terakhir saya jayakan ialah Gerimis Mengundang di Sabah dan Indonesia,” katanya.Sejak terbabit dalam bidang lakonan, Kamal sudah membintangi lebih 10 drama dan tujuh filem. Namun begitu, dia masih belum puas dan jika boleh, Kamal ini melakonkan watak jahat atau lelaki gila. Dia juga mahukan watak lasak dan aksi, demi mencabar kemampuannya.“Seronok sebab karakter macam itu dapat memberi pandangan berbeza penonton terhadap kita. Saya pula memang tak mahu dilihat pelakon stereotype,” jelasnya yang masih menantikan filem lakonannya, Tiga Temu Janji, PE3 dan Aku Ada Kau Ada, memasuki pawagam.Menyambut Aidilfitri dan Merdeka pada masa yang sama turut memberikan peluang buat Kamal mengenang jasa pejuang negara.“Raya tetap raya tetapi tanggungjawab sebagai rakyat perlu diberi perhatian kerana tugas kita menjurus kepada pembangunan ekonomi negara.“Negara memang sudah merdeka tapi kalau kita masih di takuk lama, macam mana negara nak terus berkembang. Sebagai rakyat tugas seharian kita memainkan peranan penting kepada negara,” katanya yang akan pulang beraya di Jitra, Kedah.Lokasi: Pangkalan Udara TUDM Kuala Lumpur, Sungai BesiTerima kasih: Mejar Marina Harun dan Leftenan Ezrie Hanif Yusof dari Unit Perhubungan Awam TUDM

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.349575 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list