CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Israel pindah diplomat di Mesir

[Copy link]
Post time 12-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KAHERAH: Israel berdepan krisis terburuk dengan Mesir dalam tempoh 30 tahun selepas terpaksa memindahkan diplomat dan keluarga mereka ke tempat selamat ketika kedutaan rejim Zionis itu di Kaherah diserang penduduk tempatan.\rKepungan terhadap kedutaan berakhir dengan 86 warga Israel dipindahkan selepas campur tangan Rumah Putih berikutan panggilan telefon antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.\r\n\n\n\n\rSerangan itu ialah krisis diplomatik terbaru menyelubungi kerajaan Yahudi itu, yang sedia berdepan masalah ketegangan dengan Turki sejak sembilan hari lalu.\r\r\n\n\n\n\nIsrael turut berdepan tsunami diplomatik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat bulan ini apabila majoriti negara dijangka menyokong pengiktirafan negara merdeka Palestin.\rSerangan ke atas kedutaan, yang menyaksikan pagar keselamatan dimusnahkan dan sekumpulan penunjuk perasaan masuk ke pintu kawasan selamat bangunan berkenaan, akan menjejaskan dengan teruk  kepada hubungan aman kedua-dua negara, kata Netanyahu.\rBeliau juga menyifatkan tindakan itu sebagai pencabulan besar ke atas amalan diplomatik yang diterima.\rNetanyahu bermalam  di  bilik operasi Kementerian Luar yang menangani krisis itu. Lapan diplomat dan keluarga mereka dipindahkan dengan pesawat tentera Israel tetapi enam lagi kakitangan terperangkap di dalam bangunan.\r\n\n\n\n\rAda satu pintu memisahkan mereka daripada penunjuk perasaan, kata pegawai, yang menggambarkan malam berkenaan sebagai amat dramatik dan tegang.\rBagaimanapun, keenam-enam yang terperangkap itu berjaya diselamatkan komando Mesir selepas campur tangan Amerika.\rObama bercakap dengan Netanyahu pada malam berkenaan, kata Rumah Putih. Beliau turut merayu Mesir untuk menghormati kewajipan antarabangsa.\rPerdana Menteri Britain, David Cameron, turut mengutuk serangan itu dan mendesak Kaherah mematuhi tanggungjawabnya menurut Konvensyen Vienna untuk melindungi kakitangan dan harta diplomatik.\rTiga maut ketika bantahan itu di Kaherah dan sekurang-kurangnya 1,093 cedera, menurut Timbalan Menteri Kesihatan Mesir.\rSentimen anti-Israel di Mesir memuncak sejak pembunuhan lima tentera negara itu oleh tentera Israel berikutan serangan militan bulan lalu berhampiran sempadan kedua-dua negara yang meragut nyawa lapan penduduk Israel.\rBeribu-ribu penduduk menyerbu Kedutaan Israel di Kaherah, dan rejim Zionis itu terpaksa mengeluarkan isu menyatakan kekesalan mereka di atas kejadian berkenaan dengan harapan ia dapat membendung kebencian rakyat Mesir.\rIsrael bimbang dengan masa depan perjanjian damainya dengan Mesir, yang ditandatangani 30 tahun lalu, sejak sekutu kuatnya, bekas Presiden Hosni Mubarak, ditumbangkan dalam kebangkitan rakyat awal tahun ini.\rKerajaan Yahudi itu juga risau dengan ketegangan hubungannya dengan Turki, terutama dengan lawatan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, ke Kaherah di tengah kebimbangan dia akan membentuk pakatan anti-Israel dengan kerajaan baru Mesir.  Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.282034 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list