CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Taliban ingat keganasan AS ketika 9/11

[Copy link]
Post time 13-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Taliban menegaskan mereka tidak ada kaitan langsung dengan  serangan 9/11 dan menganggap Amerika Syarikat menggunakan insiden terbabit untuk menyerang Afghanistan hingga     membunuh berpuluh ribu penduduk Afghanistan yang tidak berdosa.\rDalam satu kenyataan dihantar melalui e-mel kepada media, Taliban menuduh  Amerika Syarikat menggunakan serangan 11 September sebagai alasan untuk menyerang Afghanistan. Katanya,   masyarakat antarabangsa bertanggungjawab terhadap pembunuhan beribu-ribu penduduk Afghanistan ketika serangan dan  pendudukan di negara terbabit.\r\n\n\n\n\r   Kenyataan itu dibuat ketika Amerika mengingati peristiwa yang berlaku 10 tahun lalu dan memberi amaran mengenai kemungkinan ancaman serangan baru  berlaku di bumi Amerika.\r\r\n\n\n\n\n   “Setiap tahun, 9/11 mengingatkan penduduk Afghanistan satu peristiwa tetapi kami  langsung tidak terbabit. Penjajahan Amerika menyebabkan pertumpahan darah berpuluh ribu penduduk Afghanistan yang tidak bersalah atau berdosa,” katanya lagi.\rPada masa sama,  Taliban membuat itu berkata bahawa penduduk Afghanistan mempunyai ‘stamina yang tidak berakhir bagi satu perang  yang panjang’ dan boleh bangkit sebagai satu bangsa untuk ‘menggagalkan niat Amerika Syarika.\r“Ia akan tetap menjadi satu stigma terhadap  demokrasi Barat bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya membunuh berpuluh ribu penduduk Islam menggunakan  alasan peristiwa yang samar-samar dan keruh ini,” kata kenyataan itu merujuk kepada 9/11.\rPengaman  antarabangsa dan askar Amerika Syarikat kehilangan hampir 2,700 nyawa di Afghanistan lebih 1,700 daripada mereka adalah rakyat Amerika Syarikat.\r\n\n\n\n   Angka yang diberi misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan sejak enam bulan lalu menunjukkan 1,462 penduduk awam mati termasuk penentang  kerajaan yang bertanggungjawab terhadap 80 peratus pembunuhan.\rSerangan udara pula menyebabkan kematian penduduk awam di tangan tentera asing, majoriti daripada mereka yang mati adalah disebabkan tindakan pemisah yang dibunuh oleh bahan letupan buatan dan serangan bunuh diri, kata Cable News Network (CNN) yang memetik  laporan  Misi Bantuan PBB di Afghanistan. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.058712 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list