CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Pilih kasih di Karachi, bah di Bangkok

[Copy link]
Post time 15-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk kasta lebih rendah di Pakistan tidak dapat bantuanKARACHI: Penduduk minoriti di Pakistan yang terjejas berikutan banjir teruk di Sindh dilaporkan mengadu berlaku diskriminasi dan pilih kasih mengikut kasta dalam memberi bantuan kepada mangsa oleh pertubuhan yang dipertanggungjawabkan melakukan operasi menyelamat.\n\n\n\nPertubuhan yang mengendalikan bantuan termasuk pertubuhan agama, dilaporkan melakukan diskriminasi mengikut kasta, kata seorang ketua komuniti, Mohan Kolhi yang tinggal berhampiran bandar Khoski di daerah Badin.\n\n\n\n\n\nSebuah pertubuhan agama dilaporkan membina kem bantuan di bandar Khoski tetapi tiada sebarang bantuan dihulurkan kepada mangsa daripada kasta lebih rendah.“Apabila kami datang ke kem bantuan, ketua di situ memberitahu kami bahawa bantuan itu hanyalah untuk penduduk Islam,” kata Kolhi y ang dipetik Espress Tribune.Beliau mendakwa mereka tidak dibenarkan untuk minum di kawasan luar khemah itu.“Sindh adalah tanah kami dan kami tinggal di sini sejak berkurun lama. Jadi mengapa wujud kasta?  Kami juga manusia,” katanya.Kumpulan kasta di Sindh termasuk Kolhis, Menghwars, Bheels dan Oads adalah didominasi petani di daerah Badin.Golongan petani Hindu ini biasanya membuat pinjaman dari tuan tanah dan mengerjakan tanah bersama keluarga selama setahun untuk membayar balik pinjaman menyebabkan menanggung risiko kerugian.“Tuan tanah saya meminjamkan 50,000  rupee (RM1,798) dan saya menggunakannya  untuk  menanam 4.5 hektar  pokok kapas. Semua tanaman saya musnah. Saya tidak tahu bagaimana untuk membayar semula,” kata Kolhi.Sementara itu di BANGKOK, Pusat Amaran Bencana Alam mengeluarkan amaran banjir baru di kawasan tengah termasuk Bangkok mulai 17 September hingga 20 September.Tetapi Jabatan Pengairan tetap yakin bahawa ibu negara Thailand itu akan selamat walaupun beberapa wilayah dilaporkan dilanda banjir berikutan Sungai Chao Phraya melimpahi tebing.Pusat itu  memberi amaran bahawa air dari Sungai Chao Phraya akan terus melimpahi tebing dan menyebabkan banjir di Bangkok, Nakhon Sawan, Uthai Thani, Ayutthaya, Singburi, Chainat, Ang Thong, Pathumthani, Nonthaburi dan Samut Prakan.Penduduk yang tinggal di sepanjang sungai berkenaan dan di luar kawasan pencegahan banjir dinasihatkan membuat persediaan untuk memastikan mereka selamat.Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Pengairan, Chalit Damrongsak kemudian  berkata, hingga kini Bangkok masih lagi bebas daripada banjir besar walaupun hujan lebat dilaporkan berterusan.Chalit berkata aliran yang diukur di Sungai Chao Phraya adalah 3,300 meter padu sesaat. Ibu negara Thailand itu dilaporkan akan banjir jika paras air melebihi 3,500 meter padu sesaat. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.232795 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list