CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Singapura tawar padam kebakaran di Sumatera

[Copy link]
Post time 15-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jerebu dikhuatiri ganggu kelancaran  Kejuaraan F1SINGAPURA: Singapura menawar untuk menghantar pesawat bagi membantu Indonesia memadamkan kebakaran yang mengancam  Kejuaraan Formula Satu (F1)  waktu malam yang dijadualkan bermula minggu depan di negara itu, lapor media tempatan.\n\n\n\nKebakaran hutan yang dimulakan secara  haram oleh petani dan syarikat pembalakan di Pulau Sumatera Indonesia ketika musim kering menyebabkan jerebu hampir setiap tahun di Singapura dan Malaysia yang turut menjejaskan  kesihatan rakyat kedua-dua negara terbabit.\n\n\n\n\n\nIndonesia, pengeluar utama dunia minyak kelapa sawit berulang kali berjanji untuk menangani perkara terbabit bagaimanapun kebakaran hutan masih lagi menjadi masalah tahunan disebabkan lemahnya penguatkuasaan undang-undang di negara berkenaan.“Kami mempunyai satu pasukan yang sentiasa  bersedia untuk  membantu memadamkan kebakaran, malah melakukan pembenihan awan selain bantuan teknikal. Tetapi ia tetap bergantung permintaan Indonesia jika ia mahukan bantuan kami, atau mahu melakukannya sendiri,” kata  Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Vivian Balakrishan.Beliau berkata  pihak berkuasa Indonesia seperti cuba untuk memadamkan kebakaran itu sendiri. Tahun lalu, jerebu memaksa Malaysia mengeluarkan amaran kepada kapal di Selat Melaka berikutan jarak penglihatan yang lemah hingga kurang dua batu nautika selain terpaksa menutup banyak sekolah.Malaysia melahirkan kebimbangan kepada Indonesia berikutan 600 titik panas yang dikesan di Sumatera, lapor agensi berita BERNAMA yang memetik Menteri Alam Sekitar dan Sumber semula jadi, Douglas Uggah Embas awal minggu ini.\n\n\n\nSingapura menjadi tuan rumah bagi Kejuaraan Formula Satu bulan ini. Tidak seperti kebanyakan kejuaraan lain, acara di Singapura  berlangsung pada waktu malam untuk menarik penonton televisyen Eropah.Jerebu menyelubungi Singapura dan Malaysia sejak hujung minggu lalu. Di Indonesia, lapangan terbang di Jambi, Sumatera masih lagi ditutup sebahagiannya berikutan jerebu. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.595418 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list