CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Perancis larang umat Islam solat atas jalan

[Copy link]
Post time 18-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PARIS: Perancis melarang  umat Islam daripada mengerjakan solat di kawasan  jalan berkuat kuasa kelmarin ketika dua tempat ibadat baru dibuka bagi menampung masalah kesesakan jemaah di Paris dan Marseille.\rMenteri Dalam Negeri, Claude Gueant berkata, pihak berkuasa tidak lagi membenarkan jemaah  bersolat di tepi jalan bermula kelmarin September.\r\n\n\n\n\r   Jika masih ada lagi terus bersolat, kami akan menghentikannya, katanya.\r\r\n\n\n\n\n   Larangan itu berkuatkuasa serentak dengan pembukaan sebuah tempat masjid baru bagi umat Islam di utara Paris, di mana beratus-ratus orang dilaporkan terpaksa bersolat di jalan pada setiap Jumaat berikutan ruang yang terhad di dua masjid kecil berkenaan.\rPemimpin kedua-dua masjid di daerah Goutte dOr itu bersetuju dengan pihak berkuasa Paris untuk menyewa dua berek yang terbiar selama tiga tahun.\rMasjid berkenaan akan tetap ditutup selama dua minggu  bagi menggalakkan jemaah berpindah ke tempat baru, yang mampu untuk menampung lebih 2,700 orang, kata pihak berkuasa bandaraya terbabit.\rPihak berkuasa di bandaraya kedua terbesar, Marseille di mana masjid turut mengalami masalah kebanjiran jemaah berkata bahawa mereka juga sudah menemui sebuah tempat yang lebih besar di mana jemaah boleh bersolat tanpa perlu bersesak hingga di kawasan jalan.\r\n\n\n\n\rMasalah bersolat di kawasan jalanan menjadi agenda tahun lalu oleh sayap kanan National Front di mana ia disifatkan sebagai fenomena sejak berdekad lamanya yang membuktikan mengenai dakwaan mereka bahawa Islam mengancam nilai-nilai sekular Perancis.\rPemimpin National Front, Marine le Pen secara kontroversi pernah membandingkan masalah bersolat di jalanan dengan pendudukan Nazi Jerman di Paris manakala kumpulan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di jalanan membantah masalah itu di Goutte dOr.\rKerajaan bersetuju bahawa amalan itu bertentangan dengan undang-undang yang melarang pemaparan simbol agama di kawasan awam.  Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.117016 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list