CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

Penyerang Rabbani letup bom dalam serban

[Copy link]
Post time 22-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KABUL: Penyerang yang membunuh bekas Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani mendesak mahu bersemuka dengan bekas pemimpin itu dan menunggu di Kabul beberapa hari kononnya untuk berbincang bagi menjadi orang tengah dalam rundingan damai dengan Taliban.\rPenasihat hubungan antarabangsa bagi Majlis Keamanan Mohammad Ismail Qasemyar,  berkata penyerang dikenali sebagai Esmatullah menemui beberapa pegawai majlis dan mendakwa beliau adalah seorang tokoh penting pergerakan Taliban dan  ingin bercakap terus dengan Rabbani.\r\n\n\n\n\r   “Beliau dakwa mahu bercakap dengan Rabbani mengenai rundingan damai,” kata Qasemyar. Penyerang itu menginap di  rumah tetamu majlis berkenaan sementara menanti kepulangan Rabbani dari lawatan ke Iran.\r\r\n\n\n\n\n   Pada Selasa lalu, mereka bertemu dan penyerang berkenaan bersalaman dengan Rabbani di kediaman bekas pemimpin itu, menundukkan kepala dan meletupkan bom dalam serbannya, kata Qasemyar.\rSeorang lagi penyerang didakwa turut terbabit tetapi tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa Afghanistan. Seorang pegawai Barat yang enggan dikenali kerana kes berkenaan masih disiasat berkata, seorang sudah ditahan berhubung dengan kejadian itu.\rPembunuhan Rabbani menjejaskan harapan perdamaian dengan Taliban dan meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan di Afghanistan ketika tentera asing mulai berundur dari negara itu.\rSebahagian tentera Amerika Syarikat dan Kanada sudah meninggalkan Afghanistan sejak beberapa bulan lalu manakala rakan mereka yang masih bertugas juga bakal pulang atau bertindak sebagai membantu menjelang 2014, apabila tentera tempatan mengambil alih melindungi dan mempertahankan negara mereka.\r\n\n\n\n\r“Hari ini adalah satu hari yang menyedihkan,” kata Mohammad Egris, pelajar Universiti Kabul berusia 25 tahun antara penduduk dan pegawai tertinggi Afghanistan yang memberi penghormatan terakhir kepada Rabbani di kediamannya semalam.\r“Musuh Afghanistan, pengganas, terus membunuh pemimpin dan rakyat kami. Penduduk yang dibunuh adalah terbabit dalam proses memulihkan perdamaian dan kemakmuran.” – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.037238 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list