View: 135|Reply: 0
|
Eksklusif bersama pendengar
[Copy link]
|
|
Konti terbuka memberi penghargaan kepada tetamu istimewaHANYA mencipta dan menyuarakan adunan pantun empat kerat, peminat setia stesen radio Hot FM berpeluang bersua muka sekali gus mengenali barisan penyampai yang diminati dalam satu majlis Konti Terbuka, baru-baru ini.\rIstimewanya, majlis yang dihadiri kira-kira 100 tetamu diundang stesen popular itu diraikan di hadapan konti radio ini di Sri Pentas yang membuka peluang kepada peminat yang mengimpikan untuk bersama penyampai radio kesukaan masing-masing mengotakan hasrat hati.\r\n\n\n\n\rDengan menyarungkan busana Syawal yang pelbagai rupa, seramai 20 pemenang peraduan konti terbuka itu hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan lagi acara yang dipancarkan secara langsung selama dua jam bermula pada jam lapan pagi hingga 10 pagi.\r\r\n\n\n\n\nAktiviti yang dilakukan tetapi agak istimewa ini boleh dianggap eksklusif kerana hanya pendengar bertuah sahaja berpeluang memasuki konti - bilik tempat juruhebah bertugas yang kebiasaannya menjadi tempat larangan kepada mereka yang tidak berkaitan. \rKetua Program stesen radio ini, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata, majlis seperti itu sudah diadakan pada setiap tahun tetapi apa yang membezakan kali ini adalah apabila ia dilihat lebih merapatkan hubungan antara penyampai serta peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepada stesen radio itu.\rKali ini skala jemputan lebih kecil. Tujuan kami adalah mahu membuat satu aktiviti yang boleh mendekatkan lagi penyampai serta pendengar. Ini kerana mereka sudah menjadi sebahagian daripada kakitangan radio ini.\rAdanya majlis ini kita dapat lihat aksi selamba pemenang dan penyampai bergambar dan bergurau bersama. Inilah yang kita mahukan, katanya sambil memberitahu peraduan pantun itu diadakan selama dua minggu sebelum pemenang yang mengungkapkan pantun terbaik dan bertemakan Syawal di pilih.\r\n\n\n\n\rBerkongsi pengalaman dalam menerima pelbagai ciptaan pantun daripada pendengar, Nik Nor Azura berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan yang mana penonton dapat menonjolkan kreativiti dan kesungguhan masing-masing untuk memenangi peraduan yang diadakan.\rRamai yang menyertai peraduan ini dan tidak hanya terhad kepada masyarakat Melayu saja. Ada yang begitu kreatif dalam penciptaan pantun dan ada juga yang kelakar serta mencuit hati dalam mencipta pantun.\rBagi saya, kewujudan peraduan seperti ini membuka peluang kepada golongan muda untuk mengasah bakat dalam penciptaan pantun dan menghargai nilai bahasa kita dan warisan budaya, katanya yang memberitahu pemenang yang hadir bukan saja dari Kuala Lumpur malah dari turut hadir dari beberapa negeri di sini.\rKatanya, diharapkan pada tahun depan, lebih ramai pendengar dapat melayakkan diri hadir meraikan Syawal bersama penyampai yang diminati melalui peraduan baru yang akan dianjurkan kelak.\rInsyaallah, tahun depan kita akan membuka peluang kepada pendengar yang lain pula dan mungkin akan lebih ramai dapat bersama kami nanti. Tempat yang terhad ini bagi merapatkan pemenang dan penyampai meluangkan masa berharga bersama selain berpeluang melihat penyampai kesayangan menjalankan tugasan di konti, katanya.\rMemeriahkan acara ini ialah dengan telatah barisan juruhebah seperti Faizal Ismail, Leeya, AG, Shy8 atau Usup Wilca, Suraya, Ikwan, Deen dan Chad yang ceria melayan pelbagai karenah tetamu istimewa mereka. Malahan majlis bersama pendengar ini turut diceriakan lagi dengan kehadiran Jacylyn Victor. \rPerluaskan siaran ke Pantai Timur\rHot FM mencari bakat baru daripada kalangan penduduk Pantai Timur sebagai penyampai radio ini dalam usaha untuk memperkukuhkan siaran di sebelah sana.\rSelain itu, bagi terus memantapkan jenama di wilayah berkenaan, stesen radio ini juga percaya kewujudan bakat yang belum dicungkil di negeri itu akan mewarnai bidang penyiaran tempatan.\rBagi mereka yang berminat, uji bakat itu akan diadakan pada 7 Oktober ini di Crown Garden Hotel, Kota Bharu dan di Grand Continental Hotel, Kuala Terengganu pada 14 Oktober ini.\rManakala bagi Lembah Klang, Kuala Lumpur serta Selangor, uji bakat akan diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama pada 22 Oktober ini.\rMereka yang berperwatakan menarik, ceria, minat dalam dunia penyiaran, boleh bertutur dialek pantai timur serta di bawah umur 30 tahun bolehlah hadir ke uji bakat yang diadakan itu.\rSelain penyampai radio, Hot FM Zoomerz turut mencari tenaga muda yang bertenaga, aktif serta kreatif untuk menyertai mereka dan masa uji bakat adalah sama seperti uji bakat penyampai radio di Kota Bharu serta Kuala Terengganu.\rDengan berkembangnya stesen radio itu ke kawasan Pantai Timur, radio ini yakin dapat memikat pendengar di sana dengan memberikan sentuhan yang lebih peribadi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|