CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Fathia dicemburui

[Copy link]
Post time 27-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Cantik, berbakat dan bijak menimbul rasa kurang senang sesetengah pihakPAKEJ lengkap yang ada padanya membuatkan nama pelakon ini begitu pantas mendaki carta populariti.\rCantik, berbakat serta bijak. Tiga perkara itu sudah cukup untuk  menjadikan Nur Fathia Abd Latiff atau lebih mesra disapa Fathia ini sebagai antara pelakon pelapis yang wajar diberikan  perhatian. \r\n\n\n\n\rMeskipun ramai bakat baru datang dan pergi, namun pelakon drama bersiri Stanza Cinta ini masih mampu berdiri teguh dan semakin ligat mencari tapak untuk terus bertahan dalam dunia yang penuh cabaran ini.\r\r\n\n\n\n\nSelain Neelofa yang semakin gah mengembangkan sayapnya dalam dunia seni, kehadiran Fathia juga semakin dirasai oleh penggemar dan pengikut dunia hiburan.\rBersandarkan anugerah yang dimilikinya itu, maka tidak hairanlah andai gadis yang berusia 24 tahun ini menjadi rebutan kebanyakan pengarah yang mahukan dirinya menjadi daya tarikan dalam produk mereka. \rApatah lagi selepas menunjukkan mutu lakonan yang hebat dalam beberapa siri drama dan telefilem lakonannya sebelum ini, lagilah nama Fathia berada dalam senarai pelakon yang laris bagai goreng pisang panas.\rBagaimanapun, harga sebuah populariti bukannya murah. Dalam dunia hiburan yang penuh dengan drama, hipokrasi dan tikam belakang ini, terdengar perkhabaran kononnya kehadiran Fathia tidak disenangi pelakon yang lebih berpengalaman darinya. Menurut si pembawa khabar angin ini, Fathia menerima layanan dingin hanya kerana popularitinya yang semakin mencanak itu.\rSaat diajukan pertanyaan ini kepada si empunya diri, Fathia ternyata terkejut dengan soalan yang tidak disangka-sangka itu. Terperanjat kerana tidak menyangka dirinya yang masih baru itu menjadi mangsa cemburu. \rBetul ke ada pelakon yang tidak menyukai saya? Tak pasti pula jika perkara itu benar-benar berlaku. Setakat ini, sepanjang saya berlakon dengan mana-mana pelakon, terutama yang terlebih dulu dalam bidang ini, layanan yang saya terima daripada mereka baik-baik saja.\rLagipun setahu saya, saya tidak pernah membuat sebarang masalah dengan mereka. Bila di lokasi penggambaran, saya amat menghormati mereka. Malah, saya juga amat kagum dengan bakat mereka dan teringin mendalami ilmu lakonan dengan mereka, katanya yang mengakui berasa tidak sedap hati andai benar kehadirannya menimbulkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak.\rTegas Fathia, kehadirannya dalam dunia lakonan adalah kerana minat yang mendalam dan bukannya kerana mahu menggugat mana-mana pihak.\rTidak terlintas dalam hati saya memasuki bidang lakonan ini untuk menyekat rezeki mana-mana pihak. Saya lakukan semua ini kerana minat. Saya orang baru dan saya tahu di mana kedudukan saya.\rJadi tak perlu nak anggap kehadiran saya ini sebagai satu ancaman pada mereka, jelas Fathia yang juga teman rapat kepada Neelofa serta Kilafairy ini.\rPernah berdepan dengan kontroversi melempar telefon bimbit ke arah seorang pengarah sebelum ini, kata Fathia, dia cukup serik dengan apa yang berlaku.\rCukuplah dengan kontroversi yang saya lalui sebelum ini.Saya tak mahu lagi dikaitkan dengan cerita panas yang boleh menjejaskan kerjaya lakonan saya, pinta penuh pengertian.\rMahu berehat bukan bersara\rSEBELUM ini ada tersiar cerita kononnya Fathia mahu bersara dalam bidang lakonan yang baru diceburinya. Apa yang membuatkan gadis yang memiliki perwatakan ceria ini memilih untuk mengundurkan diri lebih awal.\rApakah dia tidak sanggup untuk menghadapi gelombang serta duri ranjau yang menanti di depan mata.\rBagaimanapun, menurut Fathia, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan ingin bersara dalam bidang seni. Sebaliknya, apa yang dikatakan hanyalah ingin berehat buat seketika demi tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.\rSemester baru sudah pun bermula dan atas sebab itu saya terpaksa berehat seketika dari dunia lakonan. Kalau ada tawaran yang datang, mungkin saya ambil kerja untuk komersial saja.\rMemang menjadi prinsip saya untuk tidak mencampur adukkan antara pelajaran dan juga kerjaya. Bila tiba masa belajar, saya sakan tumpukan perhatian pada pelajaran.\rSaya tak suka terkejar-kejar.Untuk promosi filem Al Hijab ini pun, saya akan gunakan waktu hujung minggu supaya ia tidak mengganggu pelajaran saya, katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Al Hijab arahan Pierre Andre yang diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara, baru-baru ini.\rMengulas wataknya sebagai Qiss dalam filem seram itu, Fathia mengakui masih banyak perkara yang boleh diperbaiki.\rIni adalah filem pertama lakonan saya. Sewaktu filem ini masih dalam pembikinan, saya memang tiada pengalaman berlakon langsung. Hanya selepas itu baru saya aktif berlakon drama dan telefilem.\rSelepas menontonnya, saya tahu banyak kelemahan saya yang dapat dikesan. Dari segi tonasi, emosi semuanya saya kena perbaiki.\rBerlakon di bawah arahan Pierre saya dapat menimba pelbagai jenis ilmu. Kalau dia puas hati dengan hasilnya, dia kata okey. Kalau tak, dia kata tak okey, kata Fathia yang juga gemarkan filem bergenre seram.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.039713 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list