|
Artis popular bersikap acuh tak acuh terhadap siri promosi FFM24MATLAMAT Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) untuk memupuk kesedaran pelakon dan masyarakat terhadap kepentingan Festival Filem Malaysia (FFM) hampir tercapai menerusi penganjuran siri jelajah yang baru diperkenalkan tahun ini.\rPengerusi Publisiti dan Promosi FFM 24, Ahmad Ibrahim atau Mat London, berkata FFM bagaimanapun masih memerlukan bantuan media bagi menghebahkan aktiviti siri jelajah itu kerana publisiti berhubung aktiviti itu masih kurang.\r\n\n\n\n\rKatanya, memandangkan aktiviti berkenaan baru diperkenalkan, kebanyakan pelakon belum memahami mekanisme itu. Bagaimanapun, setelah berkunjung ke dua lokasi iaitu Pulau Pinang pada 16 September diikuti Ipoh, Perak pada Ahad lalu, beberapa pelakon terkenal mula menunjukkan minat untuk menyertai siri jelajah yang bakal berkunjung ke Johor Bahru pada 22 dan 23 Oktober ini.\r\r\n\n\n\n\nBudaya kita tidak diajar begitu. Sejak dianjurkan 23 tahun lalu, tiada sebarang siri jelajah diadakan. Bagaimanapun apabila GAFIM mengambil alih, kita mula memperkenalkan siri jelajah ini. Memang pada awal-awal dulu, kita agak kecewa kerana artis tidak menunjukkan minat untuk memeriahkan siri jelajah yang dianjurkan.\rTetapi kita pun tidak boleh menyalahkan artis semata-mata kerana budaya ini tidak diajar dari dulu. Bukan mereka tidak berminat, cuma minat mereka kurang menebal. Ada yang terbabit dengan penggambaran sedangkan kita sudah undang mereka melalui pihak penerbit. \rSebenarnya ramai yang tidak tahu apakah sumbangan siri jelajah ini dan bagaimana mekanisme pelaksanaannya. Bagaimanapun setelah melihat dua siri jelajah yang berjaya diadakan, ada yang mula sedar dan menyatakan minat untuk menyertai program yang bakal diadakan di Johor nanti. Antaranya seperti Nasha Aziz, Sofia Jane, Adi Putra dan mungkin Aaron Aziz serta Fizz Fairuz.\rKita merayu pada media agar dapat memainkan peranan menyebarkan mengenai objektif yang cukup murni ini, katanya ketika dihubungi.\r\n\n\n\n\rMat London berkata, dia amat berpuas hati dengan sambutan diberikan masyarakat setempat ketika berkunjung ke Pulau Pinang baru-baru ini. Bagaimanapun, kunjungan ke Lost World Of Tambun pada hujung minggu lalu sedikit mengecewakan kerana jumlah peminat yang hadir tidak menepati sasaran.\rNamun begitu beliau percaya, siri jelajah yang akan ke destinasi seterusnya iaitu Danga Bay, Johor, sebelum berakhir di Kuala Lumpur dijangka meriah berikutan sebuah karnival diatur oleh Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).\rFFM bukan hanya untuk golongan artis, tetapi sebaliknya anugerah ini adalah untuk semua. Sebenarnya kita mengadakan siri jelajah ini sebagai tanda terima kasih kepada masyarakat yang selama ini banyak membantu pembangunan industri perfileman tanah air.\rSelain itu, kami juga ingin memastikan agar masyarakat dapat berasa dekat dengan mereka yang terbabit dalam dunia seni. Pada siri jelajah yang dianjurkan, kami bukan membawa pelakon semata-mata, tetapi kami turut mengundang pengarah dan penerbit bagi melengkapkan lagi kitaran mereka yang terbabit dalam bidang seni. Bukan saja kepada mereka yang terbabit di hadapan kamera tetapi juga di belakang tabir.\rBukan itu saja, kami juga mengadakan siri jelajah untuk menggalakkan lagi masyarakat supaya berkunjung ke panggung wayang. Setakat ini kita amat berpuas hati apabila 43 buah filem layak bertanding. Jadi kami harapkan angka berkenaan akan meningkat lagi tahun depan, katanya.\rPada siri jelajah destinasi ketiga di Johor, GAFIM katanya akan turut mengundang beberapa pelakon veteran dan baru dari negara jiran Singapura. Katanya, mereka juga antara pihak yang turut membantu menyemarakkan industri perfileman tanah air. Justeru, mereka juga wajar diberi perhatian.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|