View: 152|Reply: 0
|
Dengarnya...: Pamer kemesraan depan media
[Copy link]
|
|
BARU-BARU ini, sedang Cik Normah duduk melepak bersama beberapa teman, termasuklah teman media daripada syarikat penerbitan lain, keluarlah cerita mengenai seorang pelakon lelaki ini. Bukan kisah kehebatan lakonannya yang menjadi bahan bualan. Sebaliknya rasa meluat mereka terhadap pelakon itu pada sebuah majlis rumah terbuka.\rTeman Cik Normah pula berkebetulan ada di majlis sama. Selain pergi ke sana disebabkan tugas, dia juga umpama mata-mata gelap yang sibuk memerhatikan gelagat setiap artis yang diundang ke majlis terbabit. Maklumlah, apabila ramai artis, maka bermacam-macam ragam yang dapat dilihat. \r\n\n\n\n\rKetika teman Cik Normah sampai di majlis berkenaan, seorang artis berstatus janda meletup juga baru tiba. Maka si pelakon lelaki ini pun terhegeh-hegeh hendak mendapatkan si pelakon jelita itu.\r\r\n\n\n\n\nNampak pula ada beberapa wartawan yang juga baru sama-sama sampai, amboi artis lelaki ini pun bukan main lagi cuba merapati pelakon cantik itu. Kalau rapat sikit-sikit tak mengapa, sebaliknya dia berusaha untuk mempamerkan kemesraan. \rSedangkan, menurut teman Cik Normah, artis cantik itu cuma melayannya biasa-biasa saja.\rMungkin kata teman Cik Norman, si pelakon perasan itu mahu media nampak keintimannya. Kot-kot ada media yang tertarik untuk mengambil mereka bergambar bersama. Tetapi malangnya, tiada satu media pun yang menunjukkan minat untuk menemuramah dirinya. Hai, kasihan sungguh pada artis itu.\rLagipun Cik Normah rasa, takkanlah pelakon cantik itu nak melayannya dengan begitu mesra sebab lelaki yang turut hangat digosipkan dengannya pun ada di majlis sama. Tentulah dia tidak mahu melukakan hati lelaki itu sekiranya dilihat intim dengan orang lain.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|