CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 2

Terima kritikan dengan positif

[Copy link]
Post time 6-10-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Erma tidak patah semangat terus arahkan drama bercorak keislaman\rSUDAH menjadi lumrah fitrah manusia akan cuba mencari kesalahan orang lain walaupun kesilapan yang dilakukan tidak sebesar yang digambarkan, namun itu yang dilalui pengarah dan pelakon Erma Fatima.\r\n\n\n\n\rKritikan demi kritikan diterima sejak drama Tahajjud Cinta arahannya disiarkan dengan ada dakwaan mengatakan Erma cuba merendahkan martabat wanita berhijab dengan memaparkan babak di luar landasan Islam.\r\r\n\n\n\n\nHakikatnya itu hanyalah mesej yang hendak disampaikannya dalam drama bersiri terbabit. Selagi ia adalah manusia, memang tidak akan lari dari godaan dan hasutan syaitan namun kebenaran itu ditempelak pihak tertentu.  \rDisebabkan kerana memaparkan kisah sedemikian, drama itu juga dikatakan penuh dengan adegan berpegang tangan, menyelak purdah dan bermusafir secara berpasangan yang memburukkan imej muslimah.\rApapun, Erma tidak mudah melatah sebaliknya menganggap bantahan atau kritikan yang diterimanya dianggap sebagai satu percubaan untuk menolak karyanya dengan menyangkal kebenaran yang berlaku.\r“Saya berkarya tak semua orang akan berpuas hati. Matlamat saya dalam berkarya adalah untuk menyampaikan mesej dan tiada niat untuk merendahkan kesucian agama Islam.\r\n\n\n\n\r“Malah, setiap adegan yang dipaparkan bersebab agar penonton lebih memahami jalan cerita. Buat apa menolak kebenaran yang memang berlaku dalam masyarakat kita bahkan lebih teruk dari itu pun pernah berlaku,” jelasnya ketika ditemui di rumahnya di Taman Melawati, di pinggir ibu negara, baru-baru ini.\rMeskipun masih baru disiarkan, rumusan yang dibuat oleh pihak terbabit tidak boleh diterima pakai kerana dianggap terlalu awal untuk menghakimi perjalanan cerita terbabit.\rSegala persoalan dan penyebab yang berlaku diolah di dalam babak drama itu agar ia menjadi persoalan kepada penonton yang akan disimpulkan di pengakhiran cerita.\r“Saya tak kisah apa orang nak kata kerana saya hanya manusia biasa yang tidak boleh memuaskan hati semua orang. Kita kena tengok dari pelbagai sudut di dalam cerita ini baru kita faham apa sebenarnya yang berlaku.\r“Tidak semua wanita berpurdah itu berkelakuan baik malah saya tiada niat langsung nak jatuhkan martabat wanita apatah lagi agama Islam,” katanya.\rBagi Erma, jika kritikan diterima di setiap episod yang ditayangkan, itu menandakan pengkritik terbabit mengikuti perjalanan cerita namun sukar menerima kebenaran.\rWalaupun dikecam, dia menganggap kritikan itu sebagai penanda positif terhadap penerimaan penonton di atas karya yang dihasilkannya.\r“Tafsirkan sendiri jangan hanya melihat sebaliknya membaca karya terbabit agar minda lebih terbuka. Kalau setiap episod dia bantah bermakna dia tengok cerita saya.\r“Jalan cerita drama ini akan dirumus pada episod 13 nanti dan dari situ baru penonton faham kena setiap babak itu diwujudkan. Saya tak nak jawab apa-apa, biar penonton melihat sendiri dan menilai sendiri,” terangnya.\rApapun, itu semua sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus memaparkan kisah berunsur keislaman yang dianggapnya sudah mula mendapat tempat di hati penonton.\rBertitik tolak dari situ, Erma giat mengatur langkahnya dalam bidang pengarahan drama dengan menghasilkan karya yang dekat di hati penonton.\rSelepas Tahajjud Cinta, dia yang baru selesai penggambaran telefilem Mabrur Ke Hajiku akan memulakan penggambaran telefilem Haji Bakhil pada minggu depan dan drama terbarunya, Natrah.\r“Natrah adalah sebuah naskah yang menarik untuk dihasilkan ke dalam drama tetapi saya kaitkan dengan situasi sekarang dengan jalan cerita yang lebih kurang sama.\r“Drama ini akan menjalani penggambaran 20 Oktober depan di dalam negara dan di Amsterdam. Perbezaannya dengan teater dari segi karektor dan jalan cerita itu sendiri,” katanya.\rDrama 13 episod itu menampilkan pelakon, Sharifah Amani sebagai Natrah selain turut membariskan dua pelakon berpengalaman, Eman Manan dan Azizah Mahzan.\rTanggungjawab di rumah tak diabaikan\rSEJAK bergelar pengarah, Erma tidak pernah membataskan waktunya untuk bersama keluarga walaupun sibuk di lokasi penggambaran.\rBaginya, sesibuk manapun bebanan tugas yang dipikulnya, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada lima anak tetap menjadi keutamaan.\r“Sibuk macam mana pun masa untuk anak-anak tetap ada, kerana masa inilah kita nak luangkan masa dengan anak-anak bertanyakan tentang sekolah dan sebagainya.\r“Cuma seorang saja anak saya kini berada di asrama yang lain semua ada di sini,” katanya yang ditemui di rumahnya ketika meraikan rakan artis dan media di majlis rumah terbukanya baru-baru ini.\rMemiliki tiga putra, Shamil Equan, 20, Ahmad Arri, 17, Ahmad Aifin, 16 dan dua puteri, Citra, 9, dan Nurain, 6, menjadi pelengkap kebahagiaan rumah tangga yang dibina bersama suaminya, Badaruddin Azmi.\rMeskipun minatnya dalam bidang pengarahan dan lakonan, Erma tidak pernah memaksa anak-anaknya untuk terjebak di dalam industri ini.\rBaginya, biarlah mereka membuat keputusan dan memilih haluan sendiri demi masa depan mereka walaupun ada dikalangan anaknya pernah terbabit dalam bidang lakonan.\r“Saya tak pernah paksa mereka untuk berlakon kerana bagi saya mereka semua sudah besar dan boleh buat keputusan sendiri.\r“Mungkin sebab mereka tengok saya dan suami bertungkus lumus di dalam industri ini sebab itu mereka tak minat untuk berlakon tetapi semasa kecil dulu anak saya yang sulung pernah berlakon,” terangnya.\rHakikatnya, raut wajah keceriaan wanita berusia 43 tahun ini menggambarkan kebahagiaan yang dikecapi kini disamping insan tersayang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2011 01:54 PM | Show all posts
Kritik mengkritik ada kat mana2.hanya kesabaran boleh mengatasi segalanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 02:45 PM | Show all posts
x teringin ke nak wat perenggan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.032743 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list