CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19107|Reply: 420

'Pesta’ daging babi bermadu

  [Copy link]
Post time 13-10-2011 10:07 AM | Show all posts |Read mode
‘Pesta’ daging babi bermaduOleh Amir Mamat
am@hmetro.com.my



JASIN: Ibarat pesta. Itu suasana aktiviti penjualan daging babi bersalut madu secara terbuka di sebuah kawasan perkampungan di Bandar Merlimau, di sini, apabila lebih 100 pelanggan menyerbu sebuah lori membawa daging haiwan itu yang dijual pada harga serendah RM5 sekilogram.

Berbanding RM15 hingga RM18 di pasar basah, aktiviti menjual daging itu berhampiran rumah penduduk beragama Islam menimbulkan keresahan mereka yang mahu perbuatan itu dibendung pihak berkuasa.

Justeru, mereka meminta Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turun padang dan memantau keadaan itu serta mengambil tindakan tegas kepada peniaga sekiranya melanggar undang-undang.

Penduduk, Eby, 29, berkata kegiatan itu berlarutan sejak tiga bulan lalu apabila terdapat seorang ‘ejen’ yang memaklumkan kepada penduduk mengenai penjualan daging babi itu.




Sekadar hiasan: Nasi babi bermadu

“Ejen terbabit akan pergi ke setiap rumah penduduk bukan Islam dan memberitahu ‘pesta’ menjual daging babi bersalut madu akan diadakan pada hari tertentu.
“Pelanggan dinasihatkan datang ke lokasi ditetapkan itu setengah jam lebih awal kerana menurut ejen terbabit, bekalan habis sekiranya mereka datang lewat,” katanya.

Menurutnya, penjualan daging babi bersalut madu itu dilakukan peniaga menggunakan sebuah lori sejuk beku dan makanan berkenaan siap dibungkus selain bahagian tulang dan kaki serta kepala dijual berasingan.

“Keadaan ketika itu seperti pesta kerana orang ramai menyerbu lori terbabit untuk membeli bekalan daging babi bersalut madu itu,” katanya yang juga pekerja swasta, ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Tinjauan Metroplus ke satu lokasi penjualan daging babi itu, baru-baru ini mendapati, tidak kurang daripada 80 penduduk bukan Islam menunggu lebih setengah jam bagi mendapat bekalan daging itu.

Sementara itu, jurucakap MPJ ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penjualan daging babi secara terbuka itu dan tindakan segera sudah diambil oleh anggota penguat kuasa bagi menghalang kegiatan terbabit.

“Kami sudah menghantar anggota penguat kuasa ke lokasi dilaporkan penduduk dan mendapati kegiatan itu berlaku. Kami bertindak menghalang pihak yang cuba menjualnya kepada orang ramai.

“MPJ akan sentiasa memantau supaya kegiatan seperti itu tidak berulang dan bersedia dengan tindakan tegas sekiranya ada pihak yang cuba melanggar undang-undang majlis,” katanya yang mengesahkan menjual babi secara terbuka salah daripada segi undang-undang pihak berkuasa tempatan.

Mungkin ni ciri2 Negeri Maju 2010
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 10:12 AM | Show all posts
geli nyeee..nape aku geli..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:13 AM | Show all posts
geli nyeee..nape aku geli..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:14 AM | Show all posts
negara kita masih belum cukup demokrasi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:14 AM | Show all posts
uwekk.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:15 AM | Show all posts
tuhan allah melarang kah semua ini?

jikalau bukan?

kenapa kalut ribut?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2011 10:23 AM | Show all posts
geli nyeee..nape aku geli..
md_nana Post at 13-10-2011 10:13



  sbb daging babi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:28 AM | Show all posts
tuhan allah melarang kah semua ini?

jikalau bukan?

kenapa kalut ribut?
Vokuro Post at 13-10-2011 10:15



   
yang ALLAH TAALA melarang ialah makan daging babi.. tapi kalau dah menyusahkan orang lain, menyebabkan kesesakan, jual daging babi secara terbuka dan dekat pulak dengan rumah orang Islam maka mmg patut dibenteras, tak bolehke kalau dijual disuatu tempat yang jauh dari rumah orang islam? tentu tak timbul isu kan?

p/s: Vokuro makan daging babi tak? saya mmg tak boleh makan daging babi. ummah islam dan yahudi sejati mmg tak boleh makan daging babi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 10:34 AM | Show all posts
yang ALLAH TAALA melarang ialah makan daging babi.. tapi kalau dah menyusahkan orang lai ...
aiskrimvanilla Post at 13-10-2011 10:28



   haram kah jikalau jual daging babi dan orang islam nampak?
haram tang mana?
tang mata?

celah mana ayat qoran yg mengharam kan itu semua sehinggakan masing2 kalut?

jikalau tuhan tak kata haram kenapa perlu berlebihan seolah2 ajaran tuhan itu tidak sempurna dan perlu di baik pulih oleh ummah melayu islam?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:36 AM | Show all posts
[quote]慞esta
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:38 AM | Show all posts
org melaka dan babi memangtak dapat dipisahkan

ingat melaka, ingat babi.....

melaka serambi cincalok, elok ditukar kepada serambi babi, lebih kormesial
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:39 AM | Show all posts
Yg serbu tu org Isle ke org cina heh?    mcm ade oreng tak hepi je....
Lina66 Post at 13-10-2011 10:36



   itu lah kisah nya.
orang lain yang serbu, orang lain yang sentap.

sentap sebab tak dapat merasa babi salut madu barangkali?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:40 AM | Show all posts
cina bukan islam jual babi kat cina bukan islam pun kalut...penjual tu punyalah jaga sensitiviti siap bekukan dan dibungkus pun duk nampak geli lagi...

haram ke tengok babi?

haiyaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:41 AM | Show all posts
Well...lantak la nk jual pun cuma betul la..sensitiviti tu.mmg Allah haram makan tp sbb dah dididik dr kecik babi tu haram dan menjijikkan,so pe salahnya penjual tu jauhkan sket dr kaw penduduk Islam.tolak ansur tu perlu kan...

*Vokuro..aku x perlu komen ko


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:42 AM | Show all posts
Kenapa hati aku kuat mengatakan benda ni dijual di kawasan yg agak lapang dan bukan di depan pintu pagar org melayu islam...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:43 AM | Show all posts
Kat sini pun ada sorg ankel naik moto jual daging babi..meronda2 satu kawasan perumahan..
kdg2 dia jual kat tepi jalan je..

Tak ada pulak org2 melayu nak sibuk2 menghalang ke..nak panggil MPJB pantau ke..
dah itu mmg makanan ruji bangsa derang kan.macam org melayu yang ari2 bedal daging ayam...bukan jadi satu kesalahan pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 10:43 AM | Show all posts
Jeles agaknya sebab jual daging lembu tak kena serbu mcm tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by annehuda at 13-10-2011 10:45
haram kah jikalau jual daging babi dan orang islam nampak?
haram tang mana?
tang mata?

...
Vokuro Post at 13-10-2011 10:34


kt malaysia, daging babi segar sepatutnye kene jual di tmpt yg tertutup dan terasing dari bahan2 makanan mentah segar yg lain...

mcm kt t.intan tmpt aku mmg ade pasar cina yg khas jual daging babi dan bahan2 makanan cina lain, mcm daging itik, bij teratai bla bla suma tu...though kt penang tmpt aku menetap skrang majoriti cina tak pernah lg aku nampak diorg ni jual daging babi secara bergerak or pakai motor and lori tu ke...

so org pun tak bising dan tak ganggu pandangan bangsa lain.  

kt penang aku tak penah lg jumpe cina jual makanan ngan daging babi kt tmpt2 yg ade kedai makan melayu. diorg jual kt food court diorg sendiri yg mane org melayu pun takmo masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by Lina66 at 13-10-2011 10:53
itu lah kisah nya.
orang lain yang serbu, orang lain yang sentap.

sentap sebab tak dapa ...
Vokuro Post at 13-10-2011 10:39



  Melayu2 sentap....


Pada aku tak perlu la nak ckp GELI or sentap tengok babi or what..... tu kan mmg makanan bangsa cina...
Dorang ni ingat bangsa Melayu je tau susah payah cari rezeki... Bangsa lain mau kuar carik rezeki pon sentap ke..   so selfish one...

Ejen tu kalo mai ketok2 rumah2 ore isle ni dgn bawak daging babi promote kat depa ni seme tak pe la gak nak sentap bagai....



Melayu2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 10:49 AM | Show all posts
di kala nabi Isa turun nnt..baginda akan hapuskan babi2 yg ada di dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.100438 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list