View: 2640|Reply: 0
|
Perisian ringkas yang berbaloi untuk anda gunakan malah percuma!
[Copy link]
|
|
doPDF 7.2.363 adalah perisian percuma untuk menghasilkan sebarang bentuk fail kerja/dokumen anda dalam format PDF dalam pelbagai persekitaran platform sistem operasi Windows. Selain menghantar & mencetak fail kerja/dokumen ke mesin pencetak anda, anda juga boleh 'mencetak secara digital' dari aplikasi doPDF. Fail kerja/dokumen kerja dalam format PDF telah diguna pakai secara meluas untuk kerja kerja perkongsian & muat turun dokumen melalui email atau percetakan komersial dan lain-lain. Aplikasi ini akan mengantikan peranan peranti mesin pencetak anda di mana akan menghasilkan fail dalam format PDF yang digunakan secara meluas dalam pelbagai platform pada masa kini.
DesktopOK 2.51 adalah penyelesaian yang anda perlukan di mana aplikasi ringkas ini membantu anda untuk menukar ketetapan saiz skrin & susun atur dengan mudah tanpa kerumitan dengan program yang tersedia ada. Tidak perlu mengubah susunan ikon & hasil kerja anda secara manual di mana aplikasi versi 64-bit akan menguruskan secara automatik. Sekiranya anda sentiasa menukarkan saiz resolusi skrin mengikut keperluan anda seperti dari komputer riba ke sambungan monitor tambahan atau projektor, sememangnya hal ini amat leceh sekiranya susun atur ikon dan saiz paparan tidak mengikut kehendak anda.
Sysinternals Suite 2011.05 adalah pakej aplikasi percuma yang paling komprehensif berbanding dengan aplikasi Sysinternals yang aplikasi lain. Process Explorer 14.11 adalah aplikasi gantian pilihan bagi Windows Task Manager di mana aplikasi ini mempunyai kelebihan tersendiri. Perisian ini mempunyai peralatan/'tool' seperti AccessChk, Accessnum, AdExplorer, AdRestore, Autologon, AutoRuns,DebugView dan ClockRes. SysInternals Suite memaparkan antaramuka yang mudah digunakan malah sesuai digunakan sama ada untuk pengguna yang berpengalaman mahupun pengguna baru untuk sebarang tugasan penyelesaian masalah.
Kaspersky TDSSKiller 2.5.0.0 produk percuma anti rootkits dari Kaspersky Lab yang berperanan untuk menyah rootkits dari komputer anda. Rootkits adalah program yang direka untuk menembusi & mengambil alih kawalan fungsi sistem (Windows API). Rootkits secara efektif boleh menyembunyikan diri serta menjalan aktiviti proses berniat jahat secara senyap sehingga sukar dikesan oleh perisian anti virus. Sesetengah rootkits turut memuat turun & memasang pemacuan perisian secara senyap di dalam sistem operasi yang boleh mengugat sistem sekuriti data anda.
Notepad2 4.2.25 merupakan versi perisian Notepad yang amat berkuasa dilengkapi dengan penonjolan automatik sintaks dan lain - lain pilihan lanjut. Aplikasi percuma ini dibangunkan oleh flo's freeware memudahkan para pengguna untuk membaca & mengemaskini HTML, JavaScript, CSS dan XML documents. Aplikasi ini menjadi pilihan kebanyakkan pengguna & pembangun perisian aplikasi yang banyak membantu mereka dalam kerja pembangunan & penyelesai masalah. Notepad2 4.1.25 ini turut mempunyai versi 64-bit.
Kredit: http://www.gombug.net/v1/BM/index.php?option=com_content&;view=article&id=6:6-must-see-downloads-you-may-have-missed-this-week&catid=5:software&Itemid=2
*p/s Saje copy n paste kandungan dalam bahasa melayu utk dikongsikan bersama..bebuhsan |
|
|
|
|
|
|
| |
|