CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 251|Reply: 1

JCorp bangun Bandar Resort

[Copy link]
Post time 1-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelaburan RM100j jadikan Tanjung Leman hab destinasi pelancongan utama\rJOHOR Corporation (JCorp) akan membangunkan sebuah Bandar Resort di tapak seluas 142 hektar di Tanjung Leman, dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Johor.\r\n\n\n\n\r  Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Kamaruzzaman Abu Kassim, berkata projek pembangunan yang akan dibahagikan kepada lapan bahagian dengan peruntukan pelaburan lebih RM100 juta itu, bertujuan menjadikan Tanjung Leman sebagai sebuah hab destinasi pelancongan utama di Johor.\r\r\n\n\n\n\n  “Tanjung Leman mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan utama berdasarkan keindahan semula jadinya, kebersihan pantainya, lubuk ikan kepada kaki pancing selain menjadi pintu keluar masuk ke pulau berhampiran seperti Sibu dan Tinggi.\r“JCorp mempunyai tanah seluas 156 hektar di Tanjung Leman dengan tempoh pajakan selama 99 tahun sehingga 2103 dan kami juga sudah membuat permohonan bagi mendapatkan 121 hektar tanah lagi daripada kerajaan Johor bagi tujuan projek pembangunan itu,” katanya kepada media selepas majlis penutup Kejohanan Perahu Layar KFC-FELDA Terbuka Johor di Tanjung Leman, kelmarin.\rMajlis itu disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Ia dihadiri lebih 300 orang peminat sukan perahu layar selain peserta daripada 16 pasukan yang bertanding.\rKamaruzzaman berkata, lapan bahagian berkenaan membabitkan kawasan resort dan taman tema seluas 19 hektar, agro pelancongan (57 hektar), Marina (10 hektar), pembinaan rumah kediaman 700 unit (13 hektar) dan pembangunan komersial merangkumi 93 unit rumah kedai (dua hektar).\r\n\n\n\n\r“Selain itu, pembangunan itu turut merangkumi pelbagai infrastruktur lain seperti kompleks pusat latihan khidmat negara, kompleks ‘summer camp’ dan pusat latihan kelab perahu layar.\r“Bagi fasa pertama pembangunan Tanjung Leman, ia merangkumi pembinaan 120 unit chalet, taman tema, kompleks ‘summer camp’ serta marina yang akan dimulakan pada awal 2012,” katanya.\rKamaruzzaman berkata, fasa pertama itu membabitkan kawasan seluas 12 hektar dengan kos RM50 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2014.\r“Ketika ini pembinaannya sudah meliputi kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan projek dan apabila siap sepenuhnya, kami harap Tanjung Leman mampu menjadi destinasi pelancongan pilihan utama pelancong domestik dan antarabangsa,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2011 09:54 AM | Show all posts
kenapa berita yang kamu letak di sini tak lengkap?
minta tolong letakkan berita yang lengkap dan teratur boleh tak?

terima kasih
daripada mereka yang suka membaca berita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.048577 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list