CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

LITC disasar sumbang 300j menjelang 2020

[Copy link]
Post time 1-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GIFT dijangka tarik ramai pelabur\rSYARIKAT perdagangan komoditi antarabangsa Labuan (LITC) yang diwujudkan khusus untuk berdagang petroleum dan perkhidmatan berkaitan petroleum disasarkan menyumbang RM300 juta kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI) menjelang 2020.\r\n\n\n\n\r  Presiden yang juga Ketua Eksekutif Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC), Dr Mohd Emir Mawani, berkata sasaran itu disandarkan kepada pengenalan program Insentif Global Untuk Dagangan (GIFT) dalam komoditi berkenaan yang dijangka menarik lebih banyak LITC tempatan dan luar negara menjadikan Malaysia hab dagangan bagi menerokai pasaran Asia Pasifik.\r\r\n\n\n\n\n  “Program GIFT bertujuan menjadikan Malaysia hab dagangan petroleum dan perkhidmatan berkaitan petroleum utama dunia setaraf London dan Geneva menjelang 2020.\r“Kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan program ini dapat dilihat pada insentif ditawarkan menerusi program berkenaan yang jauh lebih menarik daripada yang ditawarkan di hab dagangan petroleum dunia lain.\r“Buat permulaan lima LITC dianugerahkan lesen dagangan, manakala 20 lagi akan dianugerahkan tahun depan,” katanya pada majlis pelancaran program GIFT dan pengenalan LITC di Kuala Lumpur, semalam.\rPelancarannya disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Sri Mustapa Mohamed.\r\n\n\n\n\rHadir sama, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan, Ahmad Hizzad Baharuddin.\rMPRC adalah badan yang dimandatkan kerajaan bagi mengawal selia aktiviti dagangan komoditi berkenaan yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.\rMohd Emir menjelaskan, program GIFT adalah set insentif bertujuan menggalakkan syarikat dagangan petroleum global menggunakan Malaysia sebagai platform  memasuki pasaran Asia Pasifik.\rBeliau berkata, antara insentif ditawarkan program GIFT ialah kadar cukai korporat sama rata tiga peratus daripada pendapatan yang boleh dicaj, pengecualian 100 peratus ke atas fi pengarah yang dibayar kepada pengarah bukan warga tempatan dan pengecualian 50 peratus ke atas pendapatan pekerjaan kasar bagi peniaga profesional bulan warga tempatan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.044992 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list