CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Bisnes Dunia: Pasaran Asia terima kesan

[Copy link]
Post time 2-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Krisis hutang Eropah, kejatuhan  Wall Street pengaruhi harga saham\rKEBIMBANGAN krisis hutang Eropah dan kejatuhan teruk di Wall Street melanda pasaran Asia semalam sementara mata wang euro terus menerima tekanan selepas mengalami kerugian besar kelmarin.\r\n\n\n\n\r   Menyumbang kepada sentimen lemah itu juga adalah statistik dari China yang menunjukkan aktiviti pengilangan perlahan bulan lepas, sekali gus menunjukkan ekonomi kedua terbesar di dunia itu akan terus mencatatkan pertumbuhan perlahan.\r\r\n\n\n\n\n   Tokyo jatuh 1.70 peratus atau 152.87 mata kepada 8,835.52, Sydney susut 1.52  peratus atau 65.2 mata kepada 4,232.9 dan Hong Kong mencatatkan 2.49 peratus atau 494.91 mata lebih rendah kepada 19,369.96.\rSeoul naik 0.60 mata untuk ditutup pada 1,909.63 dan Shanghai bertambah 1.77 mata kepada 2,470.02.\rKekurangan maklumat lanjut berkaitan rancangan Eropah untuk menangani krisis hutang di rantau itu menimbulkan kebimbangan di kalangan peniaga.\rKebimbangan terus memuncak selepas Perdana Menteri Greece, George Papandreou memanggil undi yakin dan satu referendum terhadap urus niaga minggu lalu, sebagai pertaruhan politik bagi menutup mulut pembangkang terhadap dasar  dilaksanakannya.\r\n\n\n\n\rKeadaan itu mendorong pasaran Wall Street lemah, dengan Indeks Dow jatuh 2.26 peratus, Indeks Nasdaq susut 1.93 peratus dan Indeks S&P 500 berkurang 2.47 peratus.\rDolar AS berada pada paras 78.14 yen, jatuh sedikit daripada 78.16 yen di New York dan berada pada paras lebih 79.00 yen di Tokyo kelmarin selepas aktiviti campur tangan dalam jualan yen.\rMata wang AS itu meningkat kepada 79.55 kelmarin selepas campur tangan kerajaan Jepun dalam pasaran mata wang selepas mata wang AS itu mencecah rekod terendahnya berbanding yen pada paras 75.33 yen.\rDolar Australia susut selepas bank pusat buat pertama kalinya mengurangkan kadar faedah dalam tempoh lebih dua tahun, dengan mata wang itu jatuh kepada 103.48 AS sen daripada 105.29 AS sen.\rPelabur juga kecewa dengan data yang menunjukkan pertumbuhan pengilangan China yang perlahan bagi bulan Oktober.\rIndeks Belian Pengurus (PMI) rasmi China yang diperoleh berdasarkan kajian daripada 820 pengeluar jatuh kepada 50.4 bulan lalu berbanding 51.2 pada September, yang lebih rendah daripada dijangkakan  sembilan ahli ekonomi yang dilakukan Dow Jones Newswires.\rBagi pasaran minyak mentah, kontrak utama New York, minyak mentah light sweet bagi penghantaran Disember jatuh AS$1.63 kepada AS $91.56 di dagangan Asia, sementara minyak mentah Brent North Sea  bagi penghantaran Disember  susut AS$1.55 kepada AS$108.01. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054252 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list