CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Lima syarikat bida projek terowong MRT

[Copy link]
Post time 2-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan pastikan kontraktor tawar kos kompetitif\rKUALA LUMPUR: Empat syarikat asing dan sebuah syarikat tempatan sudah mengemukakan bidaan bagi kerja pembinaan terowong bawah tanah projek My Rapid Transit (MRT) Lembah Klang.\r\n\n\n\n\r  Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala, berkata daripada empat syarikat asing itu, dua daripadanya  syarikat dari China, manakala masing-masing satu dari Korea dan Jepun.\r\r\n\n\n\n\n  “Tender bagi kerja pembinaan terowong bawah tanah projek MRT sudah dibuka dengan empat syarikat asing dan sebuah syarikat tempatan sudah mengemukakan bidaan masing-masing,” katanya tanpa mendedahkan perincian syarikat ataupun jangka masa pengumuman pelantikan kontraktor yang berjaya.\rBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai perkembangan terkini projek MRT pada taklimat media sempena 12 bulan pertama pelancaran ETP di Kuala Lumpur, semalam.\rBagi melicinkan pemilihan kontraktor, Idris berkata, kerajaan akan memastikan kontraktor  dipilih mampu menawarkan kos paling kompetitif dengan kerja  berkualiti.\r“Tugas kerajaan dan pemilik projek MRT adalah memastikan kosnya, termasuk kerja pembinaan t\r\n\n\n\n\r“Ia berikutan kami sedar, realitinya tidak ada satu pun projek MRT sama ada di Singapura, Hong Kong dan Seoul, dibina di bawah anggaran awal,” katanya sambil menambah kerajaan komited memastikan kesilapan tidak akan wujud dalam projek MRT itu.\rDifahamkan, Sinohydro Group, kontraktor dari China dan SK Holdings dari Korea sudah mengemukakan bidaan kerja pembinaan terowong itu, sementara syarikat tempatan pula adalah pakatan bersama antara Gamuda-MMC.\rDua lagi syarikat asing yang mana satu daripada China dan satu lagi daripada Jepun masih belum dikenal pasti.\rPenganalisis ketika dihubungi berkata, kerja pembinaan terowong projek MRT itu dijangka dianugerahkan kepada kontraktor  layak pada Februari atau Mac tahun depan.\r“Kerja pembinaan bahagian terowong MRT itu dianggarkan membabitkan nilai sekitar RM7 bilion hingga RM8 bilion dan ia akan ditawarkan sejurus selepas kerja-kerja bahagian atas pakej V5 dan V6 diberikan pada Januari atau Februari ini,” katanya.\rPakej V5 adalah kerja pembinaan bahagian atas bagi laluan dari Taman Bukit Ria ke Plaza Phoenix di Cheras yang turut membabitkan pembinaan empat stesen, sementara Pakej V6 pula adalah laluan dari Plaza Phoenix hingga ke Bandar Tun Hussein Onn dengan pembinaan tiga stesen.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.061502 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list