View: 116|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Pungutan suara jejas saham Asia
[Copy link]
|
|
Perancis, Jerman bimbang undian tingkat kegagalan Greece bayar hutang\rPASARAN saham Asia dan mata wang euro merosot semalam apabila wujud amaran pelan menyelamatkan Greece berpotensi terjejas berikutan pungutan suara yang akan dilakukan negara itu terhadap urusan pinjamannya boleh meningkatkan prospek Greece gagal membayar hutangnya.\r\n\n\n\n\r Perancis dan Jerman menyatakan kebimbangan mereka kepada Perdana Menteri Greece, George Papandreou, bahawa beliau harus memastikan pungutan suara yang dilaksanakannya harus diadakan secepat mungkin supaya pelan menyelamat berupaya diterjemahkan kepada tindakan.\r\r\n\n\n\n\n Dua negara itu memberi amaran, jika Athens tidak mengikut syarat perjanjian yang telah dipersetujui itu, Greece tidak akan memperoleh ‘satu sen’ pun daripada dana menyelamat yang dirancang itu.\r“Adakah Greece mahu kekal sebahagian daripada zon euro atau tidak? Itu adalah soalan yang perlu dijawab rakyat Greece kini,” kata Canselor Jerman, Angela Merkel.\rDengan masyarakat Greece yang sudah mulai bosan terhadap masalah yang sedang dihadapi negara itu, wujud kebarangkalian mereka akan mengundi ‘Tidak’ dalam pungutan suara yang sedang dirancangkan itu.\rJika berlaku, ia akan mengakibatkan Greece dan negara zon euro lain dilanda keadaan huru-hara yang teruk, sekali gus mewujudkan satu lagi krisis kewangan global.\r\n\n\n\n\rPasaran saham Hong Kong merudum 2.49 peratus, atau 491.21 mata kepada 19,242.50, Sydney mengakhiri dagangan 0.30 peratus lebih rendah atau kehilangan 12.7 mata kepada 4,171.9 dan Seoul susut 1.48 peratus atau 28.05 mata kepada 1,869.96. Pasaran saham Tokyo ditutup sempena cuti umum semalam.\rNilai euro jatuh kepada AS$1.3688 dalam dagangan lewat petang di Asia daripada AS$1.3746 di New York petang semalam.\rMata wang itu turut merosot kepada 106.81 berbanding yen berbanding 107.28 yen dalam dagangan di New York.\rPeniaga mata wang kanan di Phillip Futures Singapura, Simon Teo, berkata pungutan suara yang dilaksanakan Papandreou itu hanya akan melemahkan lagi nilai euro berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).\r“Rancangan pungutan suara itu akan melemahkan nilai euro dan ia adalah punca kenapa nilai mata wang itu kian lemah berbanding dolar AS,” katanya. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|