View: 2159|Reply: 4
|
Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2
[Copy link]
|
|
LELAKI lebih terdedah dengan diabetes peringkat 2 kerana faktor biologi dan pemakanan.
SEORANG pengkaji dari Universiti Glasgow, Scotland, Profesor Naveed Sattar berkata lelaki lebih terdedah kepada penyakit diabetes jenis 2 berbanding wanita disebabkan faktor biologi dan pemakanan.
Kenyataannya itu berdasarkan kajian terhadap 51,290 lelaki dan 43,137 wanita di Scotland dengan mengambil kira berat badan, faktor kegemukan serta indeks jisim badan (BMI) mereka.
Kata Sattar dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Diabetologia itu, kebanyakan lemak lelaki tersimpan di dalam organ seperti limpa dan buah pinggang manakala wanita di pinggul dan muka.
Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan terlalu banyak gula dalam badan hingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.
Katanya lagi, penyakit itu dapat dicegah dengan mengurangkan berat badan berlebihan, makan makanan yang sihat dan seimbang selain selalu bersenam. |
|
|
|
|
|
|
|
sentiasa berajaga dan berhati2... |
|
|
|
|
|
|
|
I dengar kebanyakan kencing manis disebabkan oleh berlebihan berat badan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua ubat baharu untuk diabetes meningkatkan tiga kali ganda risiko barah pankreas - What Doctors Don't Tell You E-News
27 September 2011
Dua ubat baharu yang hebat untuk diabetes jenis 2 meningkatkan dengan banyak risiko barah pankreas, manakala satu daripadanya mungkin boleh mengakibatkan barah tiroid.
Ubat-ubatan itu – Januvia (sitagliptan) dan Byetta (exenatide) – menawarkan cara baharu untuk merawat diabetes dan tersedia untuk dipreskripsikan selama beberapa tahun sejak ia berjaya lulus ujian keselamatan.
Namun demikian, penyelidikan baharu oleh Universiti California mendapati bahawa kedua-dua ubat itu meningkatkan tiga kali ganda risiko barah pankreas berbanding dengan terapi diabetes lain yang lebih lama. Tambahan lagi, Byetta – sejenis ubat yang boleh disuntik – juga meningkatkan risiko barah tiroid.
Para penyelidik membuat penemuan ini semasa mereka menganalisis pangkalan data Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika (FDA) yang merekodkan tindak balas buruk terhadap ubat-ubatan. Sebagai tambahan kepada peningkatan risiko barah, mereka juga mendapati bahawa kedua-dua ubat ini meningkatkan kemungkinan berlakunya pankreatitis iaitu keradangan pankreas, sebanyak enam kali ganda.
(Sumber: Gastroenterology, 2011; 141:150).
|
|
|
|
|
|
|
| |
|