|
KAWASAKI Malaysia akan melancarkan tiga model terbaru motosikal berkuasa tinggi pada Karnival NST-Maybank COTY2U Autoshow yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Matrade, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.\rPengeluar motosikal itu bagaimanapun masih belum mendedahkan jenis model baru terbabit dan hanya memaklumkan genre motosikal masing-masing bagi tiga model berkenaan adalah dalam kategori Super Sports, Sports dan Dual Purpose.\r\n\n\n\n\r Berita Harian difahamkan, ketiga-tiga model itu berkemungkinan besar adalah versi terbaru ZX14, W800 dan Versys 1000.\r\r\n\n\n\n\n Bagi model Versys 1000, ia baru saja dilancarkan globalnya di Eropah Selasa lalu dan pengenalannya di Malaysia hujung minggu ini adalah yang pertama di Asia.\rPengeluar motosikal itu tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkara itu, bagaimanapun Pengerusi Panel Hakim COTY 2011, Yamin Vong, berkata majlis pelancaran ketiga-tiga model terbaru Kawasaki itu dijadual dibuat pada jam 3 petang di Dewan C, Bangunan Matrade, Kuala Lumpur sempena pameran itu.\r“Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang akan berlangsung sepanjang dua hari pameran itu antaranya seminar berkaitan peluang pekerjaan dalam industri automotif, hak pengguna dalam insuran automotif, bual bicara anti kecurian dan kualiti udara kabin kereta.\r“Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti GPS Gophers, baucar J-Glaze, barangan premium Peugeot dan PROTON menerusi permainan ‘Wheel of Fortune’ anjuran akhbar New Straits Times,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rKatanya, kepada pembaca sisipan CBT dan BH Auto, terdapat juga aktiviti khusus seperti sesi bertemu pembaca, selain daripada berpeluang menyaksikan perhimpunan kereta klasik Asia pada hari Ahad dari iaitu dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.\rBersempena dengan karnival itu juga, sebanyak 50 model kereta dalam 14 kategori akan bertanding dalam persaingan menentukan siapa paling berhak mengungguli anugerah New Straits Times (NST)-Maybank Car of The Year 2011 (COTY 2011) yang dijadualkan berlangsung pada 25 November ini, di Hotel Saujana, Petaling Jaya.\rAntara 14 kategori yang dipertandingkan ialah kompak, kompak premium, keluarga, eksekutif, eksekutif premium bawah RM300,000, eksekutif premium melebihi RM300,000, prestasi, coupe atau cabriolet, mesra alam, limosin, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan utiliti sukan (SUV) bawah RM150,000, SUV melebihi RM150,000 dan trak. \rDaripada keseluruhan kategori, pengeluar tempatan, PROTON mengetengahkan model Saga FLX (kategori kompak) dan Inspira (kategori keluarga) manakala Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) dengan model Myvi 1.5 dan Myvi 1.3 (kategori kompak) untuk bersaing bersama model keluaran import. \rAntara model import yang turut bersaing termasuk Honda, Toyota, Peugeot, KIA, BMW, Mercedes, Nissan, Chevrolet dan Audi. Tahun lalu, Volkswagen Passat CC dinobatkan sebagai juara, manakala Peugeot 308 Turbo adalah juara 2009. \rBerdasarkan senarai juara bermula acara ini diperkenalkan sembilan tahun lalu, Perodua menerusi model Kelisa menjadi pengeluar kenderaan tempatan pertama menjuarai COTY iaitu pada 2002 sebelum ia dikuasai sepenuhnya model import.\rBagi pertanyaan berkaitan COTY2U Autoshow, boleh hubungi CBT di talian 03-22876320.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|