|
Aktiviti pengambilan untung kaunter mewah tidak jejas FBM KLCIKEBANYAKAN harga saham di Bursa Malaysia ditutup meningkat selepas dipacu oleh saham murah, kata peniaga.\rBagaimanapun, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup turun 3.90 mata berbanding kenaikan awal kepada 1,468.75, berikutan aktiviti pengambilan untung di kalangan saham berwajaran tinggi.\r\n\n\n\n\r Indeks Kewangan turun 30.71 mata kepada 13,152.76 tetapi Indeks Perladangan meningkat 32.23 mata kepada 7,519.15 dan Indeks Perusahaan merosot 11.16 mata kepada 2,684.89.\r\r\n\n\n\n\n Indeks FBM Emas turun 4.09 mata kepada 10,039.33, Indeks FBM Mid 70 menokok 50.22 mata kepada 10,853.62 dan Indeks FBM ACE merosot 30.71 mata kepada 13,152.76.\rKaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 425 kepada 310 dengan 282 kaunter tidak berubah, 467 kaunter tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.\rPerolehan menurun kepada 2.068 bilion saham bernilai RM1.23 bilion daripada 2.644 bilion saham bernilai RM1.462 bilion kelmarin.\riDimension Consolidated Bhd, yang baru disenaraikan membuat kemunculan sulung di Pasaran ACE semalam dengan menokok 0.5 sen kepada 38.5 sen selepas dibuka pada harga 48 sen, yang meningkat 10 sen di atas harga terbitan 38 sen dengan 2.8 juta unit diniagakan.\r\n\n\n\n\rBagi kaunter aktif yang lain, Compugates Holdings meningkat 0.5 sen kepada 8.5 sen, Waran Marco Holdings meningkat 1.0 sen kepada 6.5 sen dan Takaso Resources menokok 3.0 sen kepada 21.5 sen.\rDi kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada harga RM8.24, CIMB turun 4.0 sen kepada RM7.22, Sime Darby meningkat 3.0 sen kepada RM8.89 dan Petronas Chemicals tidak berubah pada harga RM6.39.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.54 bilion saham bernilai RM1.138 bilion daripada 1.977 bilion saham bernilai RM1.378 bilion kelmarin.\rPerolehan di Pasaran ACE merosot kepada 413.688 juta unit bernilai RM78.978 juta daripada 583.086 juta unit bernilai RM75.397 juta kelmarin.\rWaran mencatat peningkatan kepada 106.306 juta saham bernilai RM11.14 juta daripada 78.253 juta saham bernilai RM6.507 juta kelmarin.\rBerasaskan sektor, produk pengguna mencatatkan 222.1 juta saham, produk perusahaan 358.4 juta, pembinaan 38.4 juta, dagang dan perkhidmatan 502.1 juta, teknologi 86.3 juta, prasarana 18.5 juta, kewangan 50.7 juta, hotel 767,100 juta, hartanah 160.1 juta, perladangan 83.4 juta, perlombongan 25,800, REIT 2.5 juta dan tertutup/dana 30,000. – BERNAMA\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|