CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

Bukan tua, tapi matang

[Copy link]
Post time 15-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SinarFM tetap diikuti pendengar muda walaupun siarkan lagu retro\rTIGA penyampai radio SinarFM, Jamal Jamaluddin, Najman Mohamad, Zaidi Zainal dan Pengurus Saluran radio ini, Rostam Said memang kelakar orangnya sehingga suasana temu bual bersama mereka dipenuhi dengan ketawa.\r\n\n\n\n\rAda saja yang mahu diceritakan dan semuanya menarik didengar. Bagaikan sepakat dalam mentakrifkan usia masing-masing, mereka menggelarkan usia mereka sebagai ‘matang’ dan bukan tua.\r\r\n\n\n\n\n“Kami sudah matang dan bukan tua ya,” itulah antara kata-kata setiap kali usia mereka ditimbulkan.\rJiwa mereka juga cukup retro apabila nada dering telefon bimbit milik Najman juga adalah lagu Dara Pujaan nyanyian penyanyi 60-an, A Ramlee. Ada ketikanya mereka macam peserta program Raja Lawak kerana sentiasa menceriakan suasana tetapi sebaik disoal berkenaan kerjaya, semua menjadi agak serius.\rMasing-masing mengakui mereka perlu terus memperbaiki kekuatan diri dan gaya penyampaian bagi mengekalkan 4.2 juta pendengar seterusnya meletakkan Sinar FM sebagai radio bahasa Melayu nombor satu negara. \rNamun, apakah keistimewaan mereka ini?\rJamal Jamaluddin\rBukan baru di dalam dunia penyiaran, Jamal Jamaluddin, 48, ini cukup terkenal dengan suara romantisnya. \rMengendalikan segmen Seleksi Sinar, Arena Rock dan Cetusan Hati, setiap Isnin hingga Jumaat, dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, Jamal tampak begitu sinonim dengan radio nombor satu negara ini.\rBerkelulusan Sains Komputer dari Kolej Knox, Illinois, Amerika Syarikat, Jamal berkata, radio adalah media yang mempunyai hubungan intim dengan pendengar, dan seorang penyampai tidak perlu berpura-pura dalam penyampaiannya. \rMinatnya dengan gandaan 23 iaitu nombor jersi idolanya,  bola keranjang terkenal, Micheal Jordan, membuatkan Jamal selesa menggunakannya sebagai ‘trademark’ dalam segmen kendaliannya itu.\r“Nombor 23 itu sebagai gambaran istimewa kepada ucapan yang ingin disampaikan oleh pendengar kepada insan tersayang. Kadang-kadang kita mempunyai perasaan rindu yang meluap-luap, dan oleh itu nombor 23 dan bunyi guruh yang ke udara itu menggambarkan betapa istimewanya insan tersebut serta sebagai kesan khas serta unsur dramatik yang saya selitkan,” katanya.\rMenurutnya, segmen Cetusan Hati ini bukan sekadar memutarkan lagu tapi membolehkan orang ramai berkomunikasi serta melahirkan apa saja emosi terpendam untuk orang yang tersayang, sekadar pasangan kekasih tetapi juga ibu bapa dan rakan baik.\r“Dulu, Cetusan Hati ini ke udara dari pukul 10 malam hingga 2 pagi, tapi disebabkan ramai yang mendengar hingga ke penghujung rancangan, kami menganjakkan dua jam lebih awal,” katanya.\rJamal memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio di stesen Light & Easy, dan kemudian mengangkat namanya di Era FM.\rTidak hanya bertugas di konti Era FM selama lima tahun sebelum bertukar ke Sinar FM, sebelum itu Jamal juga pernah menceburkan diri di dalam dunia lakonan, yang mana dia menjadi pelakon tambahan di dalam filem Dendang Remaja, pada 1987 yang turut dibintangi Mustapha Kamal, Erma Fatima, Connie Ahmad, Rashidah Jaafar dan Allahyarham Datuk Mahmud June.\r* Najman Mohamad\rNajman cukup dikenali dengan segmen Seleksi Sinar jam 6 hingga 8 malam. Siapa sangka, penyampai yang sudah hampir 21 tahun dalam dunia penyiaran radio ini pernah menjadi guru sebelum menetapkan hatinya memilih kerjaya sebenar yang diinginkan.“Saya memulakan kerjaya sebagai penyampai di Best 104 sebelum menjadi penyampai Sinar FM,” katanya yang cukup ramah berbicara.\rNajman berkata, pengiktirafan radio Sinar FM sebagai radio nombor satu tidak sesekali membuatkan dia lupa diri malah membakar semangat kepadanya untuk memberikan yang lebih terbaik.\r“Seleksi Sinar segmen yang membuka peluang kepada pendengar memilih lagu melalui sistem pesanan ringkas (sms) atau panggilan telefon. Setiap hari beratus SMS kami terima dan saya pastikan pemilihan lagu dijalankan secara adil,” katanya.\rDia yang berasal dari Johor Bahru ini, berkata, semangatnya mengendalikan program itu tidak pernah surut dan bersyukur tidak pernah tergagap, tergamam dan kering idea.\r“Saya mempunyai tujuh anak termasuk daripada perkahwinan kedua saya. Anak perempuan kedua saya ada menunjukkan bakat sebagai penyampai dengan menyertai kelab radio di sekolah dan saya akan memberikan galakan kepadanya,” katanya.\rNajman berkata, ketenangan adalah asas kepada perjalanan suasana dan kelancaran membuat penyampaian.\r“Sebaik melangkah kaki ke dalam konti, semua masalah itu ditinggalkan dan hanya diambil semula selepas keluar dari konti. Hanya itu yang saya amalkan dan tidak terlalu terikat dengan pemakanan tetapi masih menjaga kesihatan dengan aktiviti menyihatkan,” katanya.\rZaidi Zainal\rZaidi Zainal, 41 tahun yang mengendalikan segmen Sinar Petang yang ke udara jam 1 hingga 4 petang ini. Pada mulanya suasana temubual sedikit hambar apabila satu soalan dijawab kembali dengan satu soalan tetapi semakin lama Zaidi semakin ramah berbicara.\rZaidi yang ternyata lebih banyak ketawa daripada berkata-kata ini, akhirnya sudi berkongsi pengalamannya pernah digilai seorang peminat wanita. Maklumlah penyampai radio satu ketika dulu menjadi sasaran cinta anak gadis yang menjadikan radio sebagai teman setia walaupun wajah mereka tidak langsung dikenali.\r“Ya. Saya ada pengalaman itu sehingga peminat itu menunggu saya habis bertugas. Saya akui memang tidak selesa. Akhirnya dia akur dan tidak lagi mengganggu saya. Bagi saya untuk mengawal keadaan ini adalah dengan tidak mengambil kesempatan yang ada dan bersikap jujur kepada peminat,” katanya.\rZaidi dari Batu Pahat ini berkata, dia menceburi bidang penyampaian selama 18 tahun dan bermula di radio Best 104 di Johor Bahru.\r“Sebelum jadi penyampai, saya kerja macam-macam. Sehinggalah sebuah stesen radio membuat pengumuman mengisi jawatan itu. Akhirnya saya menjadi apa yang saya inginkan selama ini,” katanya.\r“Saya tidak amalkan apa-apa. Mungkin ia anugerah tuhan. Saya makan apa saja, ais atau makanan pedas. Alhamdulillah suara saya tetap begini,” katanya.\rBerbicara soal kerjaya pula, Zaidi berkata sepanjang bergelar penyampai yang berhak meluluskan lagu pilihan  pendengar, dia tidak mahu menghampakan impian peminat atau pendengar untuk mendengar lagu kegemaran mereka.\rSudah mempunyai seorang anak, Zaidi berpendapat kehidupan penyampai kini dan dulu adalah berbeza. Dulu penyampai radio dikenali melalui suara tetapi wajah penyampai kini sudah mampu dirakam memori peminatnya kerana peranan media dalam memperkenalkan barisan penyampai radio.\rRostam Said\rRostam atau selesa dipanggil Pak Tam yang memulakan kerjanya pada 2008 di Sinar FM. Ketika itu, dia melihat kemunculan SinarFM sebagai tepat dengan masanya.\r“Ia disebabkan kekuatan penyampaian, gaya lagu lama yang mampu memikat hati dan persembahan lagu yang sesuai dengan jiwa pendengar. Kami memutarkan lagu dari era 70an hingga 90 an dan ditambah dengan kekuatan segmen yang mencorakkan radio ini.\r“Kenapa lagu lama menjadi menu utama kerana ia diminati dan mempunyai peminat yang besar,” katanya yang meletakkan sasaran umur pendengar antara 35 hinga 49 tahun tetapi tidak menafikan sudah mempunyai pendengar berusia 15 tahun.\rMenurutnya, ada beberapa pembaharuan yang akan dijalankan dan paling penting memperkukuhkan segmen yang sedia ada.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.060554 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list