|
MUH pilih Nubhan untuk bersaing pada separuh akhir Muzik Muzik\rJANGAN dikaitkan ketiadaannya aksinya bersama kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) pada separuh akhir Muzik-Muzik yang bakal berlangsung minggu hadapan dengan isu pertelagahan.\r\n\n\n\n\r Tiada isu yang timbul antara dia dan kumpulan berkenaan, kata Hazama. Malah hubungan mereka masih baik. Cuma namanya terpaksa digugurkan daripada kumpulan itu pada separuh akhir nanti kerana dia sendiri perlu memberikan tumpuan kepada lagu solonya, Cinta Agung, yang turut dipertandingkan.\r\r\n\n\n\n\n “Bagus juga perkara ini terjadi. Pada separuh akhir nanti, saya muncul peserta nombor enam dan giliran berikutnya ialah MUH. Mungkin mereka bimbang saya kehabisan tenaga selepas menyanyikan lagu Cinta Agung, jadi mereka mengambil Nubhan menggantikan tempat saya.\r“Keputusan ini dicapai setelah melalui proses perbincangan yang berlangsung secara baik. Saya tidak ambil hati dengan keputusan mereka kerana lagu Pokok ialah produk MUH. Mereka berhak ke atas apa saja keputusan yang dibuat. Saya tidak boleh fikir negatif, sebaliknya saya anggap mungkin ada hikmah di sebalik semua ini,” jelas Hazama mengenai pengambilalihan tempatnya oleh Nubhan.\rLagi pun, kata Hazama, sejak menjadi artis Astro, masanya tidak lagi fleksibel seperti dulu. Sebelum ini, dia bebas merencanakan setiap pergerakannya, tetapi kini segala-gala yang dilakukan harus dirujuk kepada pengurusannya terlebih dulu.\r“Saya yakin Nubhan mampu membawakan lagu Pokok dengan baik. Sebelum ini saya dengan MUH tidak pernah membuat sebarang perjanjian untuk menjadikan saya sebagai vokalis mereka sepenuh masa. Perjanjian kami hanya untuk projek lagu Pokok. \r\n\n\n\n\r“Sejak menjadi artis naungan Astro, saya perlu memberikan komitmen yang lebih kepada syarikat pengurusan. Saya tidak dapat meluangkan masa yang banyak untuk mereka, jadi MUH harus cari pengganti.\r“Walau bagaimanapun, saya tidak kisah bekerjasama dengan MUH lagi pada masa depan. Tetapi semuanya bergantung kepada jadual saya dengan Astro,” kata Hazama yang baru muncul dengan single Simetri bersama Amy Search.\rKekok di sisi Amy\rWALAUPUN lelaki bernama Amy Search pernah bergelar pengetua sewaktu dia berada dalam Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan, namun jejaka berusia 27 tahun itu berkata, dia gementar sebaik mengetahui mereka akan berduet dalam single terbaru.\r“Apabila diberitahu bakal berduet dengan seorang penyanyi legenda yang hebat seperti Amy, saya memang teruja. Tapi bila tiba hari untuk merakamkan lagu, perasaan saya bertukar segan. \r“Gabungan ini memanglah menarik, tetapi memandangkan rakan duet saya ialah Amy Search, saya jadi takut dan malu. Amy bagaimanapun tidak lokek dengan ilmu. Kami lebih banyak berbual mengenai kerja berbanding bercakap-cakap kosong kerana abang Amy sebenarnya seorang yang serius.\r“Sepanjang bekerja dengannya, saya menjadi serius. Saya elakkan daripada main-main kerana saya segan dengan nama besar yang dimilikinya,” kata Hazama.\rSimetri melodi nukilan Audi Mok manakala lirik oleh Zel Firdhaus Hadauan turut mendapat sentuhan gitar Faizal Tahir. Pembabitan dua nama besar di dalam kerjayanya ternyata menguntungkan Hazama. Tetapi tidakkah dia berasa seolah-olah menumpang populariti mereka?\rNamun jejaka ini bingkas mengeluarkan hujah tidak mahu dirinya dilihat berjaya kerana orang lain, bukan atas usahanya sendiri.\r“Terpulanglah kepada pendapat individu. Saya tidak menumpang populariti sesiapa, kami cuma bekerjasama untuk meningkatkan lagi industri muzik kita,” katanya.\rSementara itu, Hazama turut menegaskan, dek kesibukan aktiviti turun padang bersama Astro, dia jarang berkesempatan menjayakan sesi fotografi. Program sebegitu pula tidak mendapat liputan media, justeru ramai yang beranggapan dia kini kurang aktif.\r“Saya masih aktif, cuma sibuk dengan rakaman lagu dan banyak terbabit dengan aktiviti turun padang. Lagipun Astro ada ramai artis, jadi saya kena tunggu giliran dari sudut promosi,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|