CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

Gas asli, arang batu jana tenaga

[Copy link]
Post time 21-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dua  sumber utama perlu dimaju pastikan  bekalan elektrik mencukupi  2030\rGAS asli dan arang batu akan terus menjadi sumber tenaga utama dalam penjanaan tenaga elektrik di Asia Tenggara pada masa depan dengan lebih 80 peratus penggunaan, kata Penasihat Kanan Tenaga Jabatan Perancangan Strategik Korporat Exxon Mobil Corporation, David S Reed.\r\n\n\n\n\rSehubungan itu katanya,  negara di rantau berkenaan termasuk Malaysia perlu mengaplikasi teknologi baru dan maju dalam pembangunan sumber berkenaan bagi memastikan kadar bekalan tenaga elektrik di negara ini terus mencukupi menjelang  2030.\r\r\n\n\n\n\n“Kebergantungan Malaysia terhadap dua sumber ini bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik memadai memandangkan populasi penduduknya kecil.\r“Malaysia juga sudah mempunyai tiga terminal gas asli cecair dan ia sumber tenaga yang mencukupi untuk tempoh panjang,” katanya kepada pada sidang meja bulat ExxonMobil di Kuala Lumpur baru-baru ini.\rPada sesi itu juga, beliau menjelaskan permintaan tenaga di Asia Tenggara pada masa kini meningkat dengan mendadak dan menjangkakan penggunaannya bertambah dua kali ganda pada 2030.\rBagi permintaan terhadap tenaga elektrik pula akan meningkat sehingga tiga kali ganda untuk tempoh sama.\r\n\n\n\n\rMengenai penerokaan Malaysia dalam tenaga diperbaharui (RE), Reed menambah, tidak semua RE dapat diguna pakai di negara beriklim tropika.\rKatanya, teknologi RE seperti angin tidak sesuai digunakan di sini kerana musimnya tidak menentu, Malaysia berpotensi dalam pembangunan sumber tenaga hidro, biomass dan biofuel.\r“Tapi penggunaan sumber itu memerlukan perbelanjaan tinggi, justeru, ia bukan sumber sesuai buat masa ini,” katanya.\rDalam pada itu, ditanya sama ada Malaysia perlu meneroka tenaga nuklear, Reed menjawab, kos pembangunan teknologi itu mahal sekiranya dibina dengan kuantiti loji nuklear yang sedikit.\r“Malaysia tidak memerlukan kuantiti loji yang banyak berbanding negara berpopulasi besar seperti China kerana negara itu sudah membina banyak loji nuklear bagi menampung keperluan kritikal dalam sumber tenaganya,” katanya.\rMengenai pelepasan gas karbon dioksida di seluruh dunia pula, beliau berkata, Amerika Syarikat dan negara maju yang lain dianggarkan mengalami penurunan berikutan penggunaan teknologi canggih dalam sumber tenaga selain lebih ramai orang memilih untuk menggunakan produk mesra alam seperti kenderaan hibrid.\rNegara membangun dijangka mengalami peningkatan susulan pembangunan pesat terutama negara besar termasuk China dan India yang memiliki ramai penduduk dan turut menyumbang kepada pertambahan bilangan kenderaan.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.047492 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list