CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

Bisnes Dunia: Van komersial berkuasa bateri

[Copy link]
Post time 25-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MITSUBISHI Motors Corp, pembuat kenderaan pertama global yang mengeluarkan kereta elektrik (EV) dalam skala besar, melancarkan van komersial ringan berkuasa bateri dengan menyasar untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kenderaan sifar pelepasan karbon dioksida.\rSetakat ini, pembuat kenderaan Jepun itu sudah menjual kira-kira 17,000 unit EV di seluruh dunia setakat ini, termasuk kenderaan  dibekalkan di bawah jenama PSA Peugeot Citroen sejak pelancaran model i-MiEV pertengahan 2009.\r\n\n\n\n\r  Mitsubishi Motors berkata, syarikat itu merancang    membekalkan model van baru dikenali sebagai Minicab-MiEV kepada Suzuki Motor Corp bermula Februari, sekali gus membantunya mengurangkan kos menerusi skala ekonomi.\r\r\n\n\n\n\n  EV adalah kenderaan mesra alam alternatif kepada kereta konvensional memandangkan ia mempunyai saluran pelepasan asap, namun  menanggung kos bateri yang tinggi.\rVan Minicab-MiEV yang  menjengah pasaran Jepun bermula 8 Disember ini akan dijual pada harga bermula 1.73 juta yen (AS$22,300), termasuk subsidi kerajaan.\rMengulas mengenainya, Presiden Mitsubishi Motors, Osamu Masuko, berkata harga model itu kira-kira 770,000 yen lebih tinggi berbanding model sama versi enjin, tetapi menanggung kos penyelenggaraan lebih rendah selepas enam bulan menggunakannya.\rMitsubishi Motors berkata, syarikat itu menyasar untuk menjual 4,000 unit Minicab MiEV menjelang 31 Mac.\r\n\n\n\n\rDalam tempoh 12 bulan bermula April depan, syarikat itu menyasar untuk menjual 50,000 unit EV, termasuk model i-MiEV, Minicab MiEV dan versi kedua-dua model yang dibina menerusi perjanjian pengeluar peralatan asli (OEM).\rSementara Mitsubishi Motor dan pesaingnya, Nissan Motor Co menyasarkan  untuk menjadi peneraju dalam kereta sifar pelepasan karbon dioksida dengan  memberi fokus kepada teknologi hibrid. –  Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.054516 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list