CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 80|Reply: 0

Hafiz gagal mara ke final Terbuka Macau

[Copy link]
Post time 4-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
HARAPAN menyaksikan Hafiz Hashim menjulang kejuaraan pertama sejak bergelar pemain profesional di bawah naungan Kuala Lumpur Racket Club (KLRC) tidak kesampaian apabila dia tunduk kepada pemain Korea Selatan, Lee Hyun-Il pada perlawanan separuh akhir Terbuka Macau, semalam.\rSelepas enam tahun tidak bertemu, juara Seluruh England 2003 itu sekali lagi tumpas kepada pemain ranking ke-15 dunia itu, 21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit.\r\n\n\n\n\r   Ketika kali terakhir bertemu di Kejohanan Dunia 2005, Hafiz sebelum ini merekodkan empat kekalahan kepada pemain veteran Korea Selatan itu dalam lima pertemuan sesama mereka.\r\r\n\n\n\n\n   Sejak bergelar pemain profesional bersama KLRC Januari lalu, Hafiz yang sedang mencari tempat untuk disenaraikan dalam skuad Piala Thomas 2012, hanya mara sekali ke separuh akhir iaitu di Cabaran Antarabangsa New Zealand, April lalu.   \rDalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Macau hari ini, Hyun-Il bakal bertemu pemain China, Du Pengyu yang menyingkirkan pemain Indonesia, Simon Santoso, 21-17, 21-17 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.086433 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list