View: 108|Reply: 0
|
Norizman gah juarai CP130
[Copy link]
|
|
Shahril ungguli CP115, Harian Metro TEQ SCK Honda Racing raih Anugerah BerpasukanKEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 berakhir dengan menyaksikan Norizman Ismail dinobatkan selaku juara keseluruhan kategori CP130 dengan kejayaan menjejakkan kaki di atas podium dalam perlumbaan sengit berlangsung di litar Padang Kota Lama, Pulau Pinang, semalam.\n\n\n\n Walaupun bermula di petak ketujuh, pelumba Harian Metro TEQ SCK Honda Racing itu berjaya menempatkan dirinya di atas podium apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 12 minit 02.099 saat manakala Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) berjaya mempertahankan kemenangan buat kali ketiga berturut-turut sejak 2009 dengan catatan 11:40.831s diikuti Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) kedudukan kedua,11:55.945s.\n\n\n\n\n Jumlah 16 mata dipungut pada perlumbaan terakhir musim ini membolehkan Norizman mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan mengumpul 129 mata menewaskan rakan sepasukan, Mohd Affendi Rosli di tangga kedua dengan 111 mata manakala Muhaimin ketiga dengan 108 mata.“Tidak ada apa yang boleh menggambarkan betapa gembiranya saya hari ini. Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan, penaja, mekanik dan juga keluarga serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya,” kata pelumba berasal dari Sungai Buloh itu.Dalam Anugerah Berpasukan Keseluruhan, Harian Metro TEQ SCK Honda Racing menamatkan saingan musim ini di tangga teratas dengan 232 mata diikuti Yamaha Maju Motor Racing yang mengumpul 182 mata dan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline ketiga, 174 mata.Dalam kategori CP115, perlumbaan penamat di tempat keempat sudah cukup buat Shahril Izzuwan Mohd Noor merangkul gelaran juara keseluruhan di hadapan penyokongnya sendiri pada musim ini selepas mengumpul 141 mata mengatasi Zaidy Mohd Zaifaizal dari pasukan Motul Yamaha YY Pang, kedudukan kedua dengan 120 mata. Tempat ketiga keseluruhan menjadi milik Mohd Emir Firdaus Hasan (M-Seki Liberty Honda Racing), 98 mata.\n\n\n\nKEPUTUSANCP1301 Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline) 11:50.831s 2 Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) 11:55.945s 3 Norizman Ismail (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) 12:02.099s CP1151 Ahmad Afif Amran (Yamaha CKJ Sukimi) 9:43.568s 2 Mohd Farid Ahmad (Global Bike Rock Oil Racing) 9:43.649s 3 Sasitharen Sukumaran (M-Seki Liberty Honda Racing) 9:44.424s Wira1 Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 8:17.073s 2 Fakhrusy Syakirin Rostam (AAP Mazoil Faito Racing) 8:17.328s 3 Tengku Amirul Haffiruddin (Pennzoil Malaysia Racing) 8:18.015s Kedudukan Keseluruhan CP1301 Norizman Ismail (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) 129 mata 2 Affendi Rosli (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) 111 mata 3 Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) 108 mata CP130 Anugerah berpasukan1 Harian Metro TEQ SCK Honda Racing – 232 mata 2 Yamaha Maju Motor Racing – 182 mata 3 PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline – 174 mata
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|