|
Perhitungan Real Madrid-Barcelona hari ini babit tiga calon anugerah Ballon dOrPARIS: Selepas beberapa hari disenaraikan sebagai pilihan bagi anugerah FIFA Ballon dOr tahun ini, dua bintang Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bakal bertemu dalam pertembungan pertama Clasico La Liga Sepanyol musim ini, hari ini.\rLelaki ketiga yang turut dicalonkan untuk anugerah itu, Xavi juga bakal berada di atas padang Santiago Bernabeu hari ini, namun sukar baginya untuk berada di posisi lebih tinggi daripada dua lelaki yang dikenali ramai sebagai pemain terbaik dunia itu. \r\n\n\n\n\r Kepentingan pertemuan Clasico amat besar pemenang bagi pertemuan pertama musim ini sering kali menjuarai kempen pada penghujung saingan sejak tujuh musim lalu dan ia pastinya lebih besar daripada pertarungan membabitkan Messi dan Ronaldo.\r\r\n\n\n\n\n Barisan didik Jose Mourinho sudah mencatat kemenangan dalam 15 perlawanan setakat ini, menyamai rekod kelab itu dan berkemungkinan untuk berada enam mata di depan dengan kelebihan satu perlawanan andai mencatat kemenangan bertemu penyandang juara itu.\rRekod Barca di laman lawan pula, meletakkan laluan makin sukar dengan barisan didik Pep Guardiola hanya menang dua daripada enam perlawanan di tempat lawan dengan margin kecil 1-0.\rRonaldo hanya meledakkan tiga gol dalam pertemuan menentang Barca, dan sejak kekecewaan Copa del Rey, dan Messi meledakkan gol emas separuh akhir Liga Juara menentang Real dan juga penentuan Piala Super. \rSaya tidak obses mengenai situasi perseteruan di antara saya dan Messi, kata Ronaldo musim lalu. Saya tidak merasa dengki dengan Messi. Keutamaan saya adalah untuk memenangi seberapa banyak Liga Juara Eropah dan Sepanyol bersama Real dan bukan Ballon dOr. \r\n\n\n\rSeperti Ronaldo, Messi juga turut mengelak apabila ditanya soalan mengenai perbandingannya sekalipun rekodnya menentang Real cukup mengagumkan. - AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|