View: 173|Reply: 0
|
Chong Wei idam mahkota keempat
[Copy link]
|
|
Jaguh negara tekad ulangi kejayaan Siri Super Masters 2008, 2009, 2010LEE Chong Wei mengidam untuk menjuarai pusingan akhir Siri Super Masters buat tahun keempat - sekali gus kekal selaku pemain nombor satu dunia.Pemain perseorangan berusia 29 tahun itu berkata walaupun tidak mempunyai masa cukup untuk menghadapi kejohanan, dia akan memberi aksi terbaik memandangkan kejohanan itu adalah pertandingan terakhir tahun ini.\n\n\n\n “Saya baru pulang dari Macau dan kesuntukan masa melakukan persiapan fizikal tetapi daripada segi mental saya sudah bersedia. Saya akan berangkat ke China esok (hari ini) dan berharap dapat bermain dengan baik menjuarainya buat kali keempat,” katanya, semalam.\n\n\n\n\n Chong Wei adalah pemain pilihan nombor satu kejohanan dengan undian bakal dilakukan Selasa ini.Juara Siri Super Masters pada 2008, 2009 dan 2010 akan ditentang hebat dua pemain pilihan - Lin Dan dan Chen Long dari China pada kejohanan yang bermula di Liuzhou, China 14 hingga 18 Disember ini.Chong Wei yang tewas dua kali kepada kedua-dua Chen Long dan Lin Dan dalam tempoh tiga bulan lalu berkata dia juga sedang menumpukan perhatian kepada Sukan Olimpik 2012 dan dalam tempoh lapan bulan berikut akan berusaha gigih bermain dengan baik dalam setiap pertandingan untuk mengekalkan ranking dunianya.“Saya yakin dapat layak ke Olimpik tetapi kedudukan dalam acara berkenaan sangat penting dan saya mahu menjadi pemain nombor satu dunia bagi mengelakkan bertemu Lin Dan pada separuh akhir,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|