CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Farah merindu

[Copy link]
Post time 12-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BERBANDING beberapa teman seperjuangan lain, bakatnya seperti lebih menyerlah dalam bidang pengacaraan, lebih-lebih lagi apabila mengemudi program Rasa Halal sejak enam musim lalu.\rNamun begitu, masih tersemat di dalam sanubari bekas bintang Akademi Fantasia (AF) musim kedua ini untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian. Cuma, sampai saat ini, impian itu belum lagi kesampaian.\r\n\n\n\n\rRindu Farah Diana Anuar terhadap studio rakaman juga semakin membuak-buak tatkala melihat kejayaan rakan seakademi menjadi penyanyi. Hakikat dirinya sudah berumah tangga juga bukanlah sebab untuk dia melupakan saja cintanya pada muzik, bahkan suami Farah, Johan Johari, tidak pernah menghalang dirinya untuk kembali aktif.\r\r\n\n\n\n\n“Rasa rindu terhadap dunia muzik dan kembali mempunyai lagi baru memang ada. Tetapi disebabkan sibuk memberikan tumpuan kepada program TV, jadi saya tidak ada masa untuk kembali ke studio rakaman.\r“Sudah lama juga saya mengimpikan untuk sekurang-kurang memiliki satu single baru, tetapi masih belum kesampaian. Insya-Allah tahun depan saya akan masuk studio semula,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Rasa Halal Laos & Thailand, baru-baru ini. \rSelain sibuk mengendalikan program terbabit, Farah juga mengacara program Nasi Lemak Kopi O, yang sedikit-sebanyak membataskan dirinya untuk kembali ke studio muzik.\rTidak mahu bakat seninya terhakis tanpa sempat memiliki sebarang album, Farah berasakan inilah masa paling sesuai untuk dirinya kembali ke bidang yang diimpikan dulu.\r\n\n\n\r“Kalau dulu mungkin genre pop dan balada yang diketengahkan, tetapi kini saya akan lebih menitikkan soal pemilihan lagu agar bersesuaian dengan penampilan dan status saya sekarang. Mungkin saya akan pilih lagu ketuhanan kerana jika dilihat kepada keadaan sekarang, sudah ramai artis lama yang beralih kepada lagu sedemikian,” terangnya.\rPengalaman merakamkan lagu untuk program TV realiti, Ustazah Pilihan, berjudul Warisan Hawa membakar lagi semangatnya untuk kembali ke bidang nyanyian.\rMalah, Farah menyimpan impian untuk merakamkan lagu duet bersama penyanyi Yasin dan Sham Kamikaze yang dilihat mempunyai identiti tersendiri sebagai penyanyi lagu ketuhanan.\r“Saya ingin mempunyai produk sendiri walaupun hanya sekadar single. Saya juga sudah berhenti berlakon kerana ia memerlukan banyak masa di lokasi. Saya lebih sesuai menyanyi daripada berlakon,” katanya.\rTidak sabar bergelar ibu\rSELEPAS lebih enam bulan mendirikan rumah tangga, kehidupan Farah kini kian bahagia meskipun terpaksa berjauhan daripada suami yang menguruskan perniagaan di Pulau Pinang.\rBaginya, berjauhan daripada insan tersayang bukanlah masalah, malah rasa rindu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.\r“Masa bercinta dulu pun kami sudah berjauhan selama enam tahun, jadi ini bukanlah satu masalah. Bila sudah berkahwin ini, kami berasa lebih dekat walaupun jauh bahkan suami memberi keizinan kepada saya untuk keluar negara menjalani proses rakaman program ini,” katanya.\rSepanjang tempoh itu juga pasangan ini belum diberikan rezeki untuk memiliki cahaya mata, tetapi Farah sudah mula menggambarkan perasaannya menjadi ibu. Walaupun usia perkahwinan masih baru, namun pasangan ini sudah tidak sabar menanti kehadiran orang ketiga dalam kehidupan mereka.\r“Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan kerana bagi kami, itu semua rezeki. Buat masa sekarang kami masih berusaha lagi ke arah itu,” jelasnya.\rBagaimanapun mahligai yang baru dibina terpalit kontroversi apabila ada pihak mendakwa Farah tidak melangsaikan hutang majlis perkahwinannya. Namun, dia menerima dugaan itu dengan sabar dan menjelaskan, ada pihak cuba memfitnah dan memburukkannya dengan dakwaan terbabit.\r“Saya sudah membuat bayaran hampir RM40,000 untuk kos katering kepada syarikat ini, tetapi bayaran itu tidak diserahkan kepada syarikat katering terbabit.\r“Malah syarikat katering itu cakap, mereka tak minta sebarang bayaran daripada saya sebab niat mereka hendak menaja makanan pada majlis kahwin saya. Saya tak tahu langsung niat murni katering itu, tetapi soalnya sekarang kenapa syarikat yang menerima bayaran itu membuat fitnah mengatakan saya tak bayar?” soalnya.\rBiar apapun tanggapan negatif orang terhadapnya, Farah tetap mempertahankan dirinya dan mahu bersemuka dengan pihak yang memfitnahnya itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.066783 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list