|
PENYERANG berbakat, Ahmad Hazwan Bakri meledak dua gol ketika membantu skuad Olimpik negara menewaskan juara bertahan Liga-A Australia, Sydney FC 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan di Sydney, semalam.Hazwan yang memang dahagakan aksi antarabangsa selepas terpaksa melupakan saingan Sukan SEA dan kelayakan Olimpik 2012 bulan lalu akibat kecederaan, menggunakan kesempatan sebaik mungkin untuk membuktikan kemampuannya kepada jurulatih, Ong Kim Swee.\n\n\n\nNamun bagi Kim Swee yang mempersiapkan Harimau Muda untuk musim sulung Liga Singapura dan kelayakan Piala AFC 2013 yang akan bermula Jun depan, masih terlalu awal untuk menghamburkan pujian kepada penyerang 20 tahun itu, sebaliknya menuntut aksi lebih konsisten daripada semua pemain pada perlawanan seterusnya.\n\n\n\n\n“Memang ini satu keputusan positif,” kata Kim Swee.“Walaupun Sydney FC tidak menurunkan kesebelasan utamanya, saya juga melakukan perkara sama dengan menurunkan 80 peratus pemain simpanan yang jarang diturunkan.“Saya tidak mahu pemain cepat berpuas hati dengan kemenangan ini. Bagi saya ujian lebih besar adalah menentang Central South Mariner esok (hari ini) kerana mereka mungkin menurunkan skuad terbaiknya.”K Gurusamy membuka jaringan menerusi tendangan percuma pada babak pertama ketika menewaskan Sydney FC dan Hazwan yang dimasukkan pada babak kedua, menemui sasaran dua kali.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|