CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

Laluan mudah Chong Wei

[Copy link]
Post time 14-12-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN tewas empat daripada lima pertemuan kepada musuh tradisinya Lin Dan tahun ini, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei masih berjaya ‘mengatasi’ juara Dunia dan Olimpik itu apabila dinobatkan selaku Pemain Terbaik Dunia 2011.Anugerah berprestij kali ketiga berturut-turut itu dimenangi Chong Wei, sekali gus harus menjadi rangsangan terbaik kepada pemain nombor satu dunia itu yang akan memulakan cabaran mempertahankan gelaran ‘Raja’ Masters Siri Super di Stadium Li Ning Liuzhou, China hari ini.\n\n\n\nApatah lagi, dia turut berdepan misi getir untuk mempertahankan status sebagai pemain nombor satu dunia yang disandangnya sejak empat tahun lalu selepas Lin Dan dan Chen Long semakin mengancam kedudukannya itu.\n\n\n\n\n“Sudah tentu anugerah ini menjadi pembakar semangat kepada saya. Ia hadir tepat pada masanya,” katanya selepas menerima anugerah itu daripada Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Dr Kang Young Joong sempena majlis makan malam kejohanan bernilai AS$500,000 (RM1.5 juta) itu, malam kelmarin. Walaupun tewas empat kali kepada Lin Dan, Chong Wei, 29, tampak lebih konsisten dengan memenangi enam kejuaraan tahun ini dan menjadi pilihan peminat seluruh dunia dalam undian ‘siapa yang anda inginkan untuk dipilih sebagai pemain terbaik Dunia’ yang dijalankan BWF, 4 Disember lalu.Sementara itu, dalam undian Final Siri Super Dunia yang membabitkan penyertaan lapan pemain terbaik semalam, Chong Wei yang diletakkan selaku pilihan utama diundi bersama-sama Peter Gade, Simon Santoso dan Sho Sasaki (Jepun) dalam Kumpulan A.Pilihan kedua dari China, Chen Long mengetuai Kumpulan B bersama rakan senegara ‘Superdan’, Taufik Hidayat dan Kenichi Tago.\n\n\nDua pemain teratas kumpulan dengan format ‘round robin’ itu layak ke separuh akhir, Sabtu ini.Selain menawarkan hadiah lumayan, kejohanan berstatus lima bintang itu turut menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2012.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.071070 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list