|
MADRID: Satu gol pada setiap babak menerusi Jose Callejon dan Cristiano Ronaldo membantu Real Madrid memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Copa del Rey Sepanyol dengan kemenangan ke atas kelab divisyen tiga, Ponferradina, kelmarin.\rReal memenangi piala itu buat kali pertama sejak 1993 selepas menewaskan Barcelona pada final musim lalu, tetapi skuad pimpinan Jose Mourinho tampil pada perlawanan pertama saingan 32 pasukan itu dengan matlamat menaikkan semula semangat selepas tewas 3-1 di laman sendiri kepada musuh ketat Barcelona dalam pertembungan El Clasico pertama, Sabtu lalu.\r\n\n\n\n\r Mourinho melakukan sembilan pertukaran terhadap kesebelasan utama ketika menentang Ponferradina, yang menduduki tempat kedua divisyen mereka, dengan Ronaldo dan Marcelo menjadi pemain tunggal yang dikekalkan posisi.\r\r\n\n\n\n\n Sami Khedira mengumpan kepada Callejon untuk gol keenam peribadinya musim ini sejurus sebelum rehat tetapi pelawat tampak kurang mantap dan terpaksa bermain 10 pemain apabila Raul Albiol dibuang padang kerana kad kuning kedua pada pertengahan babak kedua.\rNamun Ronaldo memastikan kemenangan 2-0 tidak lama selepas itu, menjadikan Real selesa menjelang aksi timbal balik, Selasa depan.\rPerlawanan itu adalah satu daripada 13 yang dilangsungkan malam kelmarin, manakala Barcelona yang kini berada di Jepun untuk saingan Piala Kelab Dunia, menang perlawanan pertama menentang pencabar dari divisyen tiga, L’Hospitalet 1-0 bulan lalu. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|