View: 48052|Reply: 126
|
[Penerbit]
** JS ADIWARNA **
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by attokz at 21-4-2012 23:33
JS ADIWARNA PUBLICATION & DISTRIBUTION SDN. BHD.
JS Adiwarna bermula dengan sangat sederhana. Daripada hanya ‘sebuah meja’ dalam pejabat Jemari Seni untuk menerbitkan hanya tiga buah novel kanak-kanak. Bertapak dari situ, Adiwarna terus melangkah dan kini Adiwarna telah menjadi sebuah syarikat berdaftar yang menerbitkan pelbagai jenis genre; fiksyen dan non-fiksyen. Untuk fiksyen, Adiwarna menetapkan untuk menerbitkan penulisan yang santai gaya penyampaiannya, berinformasi dan berilmu. Pada masa yang sama, Adiwarna menekankan penggunaan bahasa yang bukan sahaja betul dari segi pemakaian dan nahu, tetapi juga indah. Sebab Adiwarna percaya bahawa ilmu (dan dakwah) mesti disampaikan dalam bahasa yang betul dan indah.
Matlamat jangka panjang Adiwarna ialah mahu menjadi penerbit yang ke depan, terunggul dan terkemuka di tanah air kita ini. Adiwarna juga menyimpan hasrat untuk menjadi penerbit yang mampu membawa karya-karya artisan tanah air; penulis dan pelukis ke peringkat antarabangsa.
http://www.jsadiwarna.com/profil/logo.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sutungR at 17-12-2011 22:11
Antara produk Adiwarna Sdn. Bhd.
Langsir Biji Remia ~ Noor Suraya
Duha, pandanglah mataku yang berbisik...
Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna
lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?
Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.
Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?
Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sutungR at 17-12-2011 22:10
Blues Retro ~ Imaen
... empat semester yang indah...
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
“Ghazi, kita kahwin lari!” kata Nik Farhana.
Hampir tersembur jus tembikai daripada mulut Ghazi.
“Apa dia?”
“Kita kahwin lari.” Suara Nik Farhana berbunyi serius.
“Hana jangan main-main!”
“Saya serius ni!”
Berjayakah Ghazi, siswa antropologi dan Nik Farhana, siswi perubatan di Universiti Lembah Pantai kahwin lari ke sempadan Siam?
|
|
|
|
|
|
|
|
kitaorg diskas novel2 JS adiwarna kat thread jemari seni sebab bawah syarikat yg sama iaitu JS... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# mijot
Jemari Seni satu syarikat iaitu Jemari Seni Sdn. Bhd. dan Adiwarna adalah juga satu syarikat yang lain Adiwarna Sdn. Bhd. Walaupun dalam kumpulan yang sama tapi produk adalah tidak serupa. Boleh lawat laman web jsadiwarna di www.jsadiwarna.com untuk maklumat yang lebih memuaskan. |
|
|
|
|
|
|
|
Even aq pn taw Adiwarna dgn Jemari Seni tuh syarikat lain. Ape daaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
BACA E-NOVEL di KARYA I, U BACA Klik Sini
Bukan hanya e-novel yang menanti di Karya I, U Baca ada macam-macam lagi. Jom baca, pasti tidak akan mengecewakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
BUKU TERBAHARU ADIWARNA BULAN JANUARI 2011
Wanginya, Bunga Rampai... ~ Haswida Abu Bakar
Kategori: SI MANIS 17 (UNTUK BACAAN UMUM) ISBN: 978-967-0201-39-9 Harga: RM19.00 (Sem. Malaysia) / RM21.00 (Sabah & Sarawak)
Blurb: Seri tu tunangan orang, Arif Azri! bisik hatinya. Aku tahu. Tapi kalau cinta dan rinduku hanya padanya, bagaimana? Lalu jahatkah aku kalau merampas tunang orang? Seharusnya dari dulu lagi dia memasang pagar tebal… yang paling kebal, supaya kata-kata manis dan pujuk rayu Arif itu tak menyusup masuk, walau senipis udara yang sedang dia sedut ini. Akan dia buang rasa cinta ke dasar sungai ini. Biar mengalir pergi; dan dia tak mahu tahu ke mana akan berlabuh. Akan disebut nama Haikal setiap kali hatinya menyeru Arif. Akan disanggah bayang Arif kalau singgah di ruang mata. Ah... mengapa mereka tidak memberi ruang kepada si anak untuk mencari teman hidup sendiri? Dan membiarkan mereka merangka takrif bahagia dalam erti dan cara sendiri. Ada apa pada pangkal nama ‘syarifah-syed’ ini? Apa sebenarnya yang ada dalam molekul darah keturunannya sehingga tidak dibenarkan bercampur dengan darah hamba Allah yang lain? * * *
HASWIDA ABU BAKAR menerapkan ilmu perfileman untuk menghidupkan novel Wanginya, Bunga Rampai... Saksikan bagaimana watak-wataknya ‘bergerak di kertas perak’ menjadi sebuah ‘drama’.
Komen:
Kisah cinta bersegi-segi yang digarap pada tahap rasa yang cukup jitu mampu membolak balikkan hati pembaca dan membuat pembaca memilih HERO mana yang pembaca suka. Dengan menonjolkan nilai kebudayaan tradisi perkahwinan Melayu. Ceritanya umpama layar TV yang ditonton. Sungguh berkesan. Ada kesimpulan yang dapat dibuat dan pengiktibaran yang perlu diambil dalam manusia meniti kehidupannya. Syabas...
Kisah CINTA yang dinamakan CRUSH. Hanya sebuah logam maya. |
|
|
|
|
|
|
|
DUA LAGI BUKU TERBAHARU BULAN JANUARI 2012
Platun Kembara: Misteri Debunga Wangi ~ Zinrusdi
Kategori: BOM (BACAAN 8 HINGGA 14 TAHUN) ISBN: 978-967-0201-25-2 Harga: RM15.00 (Sem. Malaysia) / RM17.00 (Sabah & Sarawak)
Dawid ambil seekor siput babi. Dia sedut isi siput babi itu sambil pejam mata. Dengan satu nafas dia telan isi siput babi itu. Setelah itu dia hembus nafas lega. Tak ramai pelajar sekolah menengah yang berpeluang menaiki helikopter. Budail, Dawid dan Aatif begitu gembira sekali kerana terpilih menaiki helikopter setelah berjaya memenangi kuiz trivia sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia. Kata orang tua-tua, jangan terlalu gembira atas sesuatu kerana kita tak tahu lagi apa yang akan berlaku selepas itu. Benarlah, kerana helikopter mereka naiki itu terhempas. Mereka terselamat tapi telah tersesat dalam hutan Pahang. Ketika sesat itu mereka menempuh pengalaman yang sangat menakutkan. Mereka menemui ladang ganja. Kehadiran mereka disedari penjenayah dadah itu dan mereka terpaksa melawan. Mereka tahu kekuatan akal selalu saja dapat mengatasi kekuatan fizikal. Lalu tipu helah yang akan digunakan mereka? Bacalah PLATUN KEMBARA: MISTERI DEBUNGA WANGI untuk tahu jawapannya. * * *
ZINRUSDI ialah pemegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan (KPLI) dalam Pengajaran Bahasa Melayu dan Sastera daripada Institut Perguruan Sultan Idris.
KOMEN:
Walaupun buku ini kategori bacaan peringkat usia 8 hingga 14 tahun, TAPI ia sangat menghiburkan juga untuk pembaca dewasa yang meminati penulisan PENULIS ini. Penulis ini tidak mengecewakan pembaca setianya disamping banyak ilmu yang pembaca muda akan perolehi daripada PLATUN KEMBARA: MISTERI DEBUNGA WANGI.
|
|
|
|
|
|
|
|
Damai Aku dalam Haruman Sakura ~ Hafizul Osman
Kategori: KREATIF (BACAAN REMAJA)
ISBN: 978-967-0201-40-5
Harga: RM15.00 (Sem. Malaysia) / RM17.00 (Sabah & Sarawak)
Blurb:Tidak semua orang berpeluang mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun seperti Azmil. Lalu dalam hati dia menanam tekad untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman selama empat bulan di Jepun nanti. Di Jepun dia tinggal bersama sebuah keluarga angkat yang sangat baik hati. Dia ditempatkan di Sekolah Tinggi Kobe yang terkenal itu. Dek kerana ingin belajar tentang budaya Jepun dia menyertai Kelab Kebudayaan Jepun. “Selamat berkenalan! Saya Azmil! Maaf, saya tak dapat salam dengan awak. Saya seorang Islam,” balasku antara dengar dan tidak. Suaraku agak perlahan. Gadis itu tersenyum sambil tunduk hormat seperti orang Jepun. Perkenalannya dengan Aki, telah melahirkan perasaan lain dalam hati mereka. Lalu apakah kesudahannya apabila aku ini ibaratkan seekor lebah; ada tiga bunga di hadapanku – bunga anggerik, bunga sakura dan bunga matahari.
KOMEN: Cerita yang sangat menarik untuk bacaan remaja. Kisah seorang budak lelaki yang mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun menceritakan pengalamannya di sana. Bertemu dengan gadis Jepun, Kamie Aki. Siapakah pilihan Azmi - Shahida : Aki : Amira - Apakah kesudahan mereka. Bunga anggerik, bunga sakura dan bunga matahari. Kisah cinta remaja yang santai dan juga sesuai untuk bacaan ringan pembaca dewasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qimi08 at 23-3-2012 12:27
Si Manis 17 Terbaru Bulan Mac 2012
NOVEL BAHARU TERBITAN MAC 2012 Kategori: SI MANIS 17 (UMUM) ISBN: 978-967-0201-44-3 Harga: RM19.00 (Semenanjung Malaysia) / RM21.00 (Sabah & Sarawak) Pesanan atas talian (online): Diskaun 20% mulai 15 Mac 2012
Baca bab awal
dia menenteramkan aku ketika masalah makin menghempap-hempap datangWajahnya bertukar rona merah geram, keranaku.
Dan keranaku juga tebing matanya seakan-akan hendak pecah dengan air mata. Bukan aku tidak dapat rasa asakan-asakan sebal hati yang sedang menendang jiwanya.
Semuanya keranaku: aku yang lepas mulut; aku yang babas mulut; aku yang celopar mulut.
Akulah orangnya.
Huh… aku tidak mengerti bagaimana bermanis bicara dengan wanita yang bukan muhrim. Aku tidak pernah diajar sedikit pun bagaimana mahu menuturkan kata santun dengan wanita yang ajnabi – yang sah untuk dikahwini – seperti dia: intan payungku; panahan asmaraku; jantung hatiku; buah hatiku.
Dialah ‘Insyirah’ku.
‘Insyirah’ yang maknanya kelapangan; yang maksudnya kegembiraan.
Insyirah yang melapangkan dan menggembirakan hatiku.
Mengapa harus ada dia ketika aku sedang mengeraskan dan mengeringkan hati untuk berjuang demi memastikan tanah pusaka ini tidak hilang dirampas kaum kerabat sendiri yang haloba?
Tulisan NASHMIN memang terasa santai ketika membacanya, kita terbuai... tak terasa pun sarat serta berat ilmu sosioekonomi dan politik yang NASHMIN sedang apungkan di minda. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qimi08 at 25-4-2012 09:44
NOVEL BAHARU TERBITAN MAC 2012
Kategori: KREATIF
ISBN: 978-967-0201-45-0
Harga: RM19.00 (Semenanjung Malaysia) / RM21.00 (Sabah & Sarawak)
Pesanan atas talian (online): Diskaun 20% mulai 15 Mac 2012 di sini
Hidup ini jalan dengan dua persimpangan, kerana itu manusia harus memilih – seperti Alia yang terpaksa memilih antara bekerja di syarikat pengedaran kereta mewah Tengku Rayyan atau syarikat hartanah Irfan. Kemudian terpaksa memilih lagi apabila Irfan melamarnya.
Hidup juga tidak boleh tangguh-tangguh dalam buat keputusan – seperti Tengku Rayyan yang lambat menawarkan kasih pada Alia lalu Alia memilih Irfan, sahabat Tengku Rayyan. Lalu dia berputih mata.
Hidup juga penuh dengan perkara yang tak disangka-sangka – seperti Alia yang tak boleh berkahwin dengan Irfan kerana lelaki itu abang kandungnya sendiri yang terpisah di waktu kecil.
Tapi manusia yang hidup lagi tak dapat diduga – seperti Irfan yang tetap menyayangi Alia walau tahu Alia adik kandungnya. Dan lebih dahsyat lagi dia tak mahu adik kandungnya itu bahagia dengan mana-mana lelaki lain!
Lalu bagaimana kesudahannya kisah Alia, Irfan dan Tengku Rayyan ini? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NOVEL BAHARU TERBITAN MAC 2012
Kategori: BOM (8 hingga 14 tahun)
ISBN: 978-967-0201-26-9
Harga: RM15.00 (Semenanjung Malaysia) / RM17.00 (Sabah & Sarawak)
Pesanan atas talian (online): Diskaun 20% mulai 15 Mac 2012 di sini
Sedari kecil, Farid bercita-cita untuk menjadi seorang chef seperti kerjaya ayah dan ibunya. Malangnya, cita-cita yang murni itu sering mendapat ejekan. Bagaimanapun, pada usia 13 tahun, Farid memang betul-betul menjadi seorang ‘chef’!!!
Ajaib, kan?
Masakan restoran mewah dan bertaraf 5-bintang sanggup mengambil budak untuk bekerja dengan mereka. Restoran Kerongsang ini tidak takut didakwa oleh Pejabat Buruhkah? Mana boleh ambil kanak-kanak bawah umur bekerja, kan?
Eh, tapi... ke mana pula perginya ayah dan ibu Farid? Kenapa mereka biarkan Farid bekerja dengan peralatan dapur yang lebih besar dan lebih tinggi daripadanya itu?
Oh ya, satu lagi... dapatkah Farid mengatasi Chef Miras yang iri dan dengki kepadanya itu?
“Apa kata kita buat siaran langsung dalam televisyen... ‘Perang Chef: Chef Profesional vs Chef Budak’. Tentu rancangan itu dapat rating yang baik daripada penonton!”
“Hah!” Chef Miras dan Farid sama-sama terkejut.
Sebuah cerita yang penuh semangat dan disulami dengan pelbagai informasi buat orang muda seperti anda untuk menjadi semakin bijak dan berani!
ZINRUSDI
pemegang ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan (KPLI) dalam Pengajaran Bahasa Melayu daripada Institut Perguruan Sultan Idris (kini, UPSI). Ya, Chef! ialah karya ketiga beliau selepas Platun Kembara: Misteri Debunga Wangi dan Hotel Meow-Meow. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qimi08 at 13-4-2012 14:00
NOVEL BAHARU APRIL 2012
Kategori: BOM (8 hingga 14 tahun)
ISBN: 978-967-0201-47-4
Harga: RM15.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM17.00 (SABAH&SARAWAK)
Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 10 APRIL 2012 disini
Khyra seorang murid yang pintar lagi berani. Kebolehan luar biasanya yang ulung ialah dapat memahami bahasa haiwan. Yang seronoknya lagi, Khyra dapat bercakap dengan semua binatang – bahasa naga difahaminya; bahasa jerung pun mudah baginya. Bersama sahabatnya Sally, seekor ulat bulu yang suka membaca, Daisy seekor kucing yang bijak dan Chika seekor burung geroda, mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia, mahupun binatang.
Dalam Cerita 3 – Khyra Biota: Pengembara Dimensi ini, Khyra bersama-sama dengan Chloe seekor cimpanzi mengembara ke seluruh dunia dengan menggunakan ‘pemecut dimensi’. Selain itu ada juga cerita mengenai sekumpulan burung murai yang membuat undang-undang mengurangkan ‘kemuraian’ mereka; cerita fasal monyet yang membuat mogok di hadapan zoo; cerita mengenai seekor burung siul yang suka menipu duit binatang lain; cerita permaisuri singa yang suka memberikan arahan yang pelik-pelik; serta cerita cinta anai-anai dan seekor gajah. Cerita yang paling menarik sudah tentunya mengenai misi Khyra dan rakan-rakan menjejak ibu Chika di Kuala Lumpur!
* * * * *
ASHADI ZAIN adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Malaya. Beliau sudah Berjaya menulis dan menterjemah lebih daripada 60 buah buku. Mari menambahkan ilmu dan bersantai bersama ASHADI ZAIN!
MAJIDAH MAT JUSOH mendapat ijazah Sarjana Muda Perbandingan Agama dan Usuluddin (minor Psikologi) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Menulis dengan hati adalah terapi, menggali dan meniti ilmu bak jauhari - menjadi falsafah penulisan MAJIDAH MAT JUSOH. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NOVEL BAHARU TERBITAN APRIL 2012
Kategori: BOM (8 hingga 14 tahun)
ISBN: 978-967-0201-51-1
Harga: RM14.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM16.00 (SABAH&SARAWAK)
Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 10 APRIL 2012 disini
BACA BAB AWAL
Untuk meraikan hari lahir Kak Long, Si Kecil Minah ada rancangan besar! Dia ingin buat majlis siap dengan beri hadiah pada Kak Long. Rakan sepermainan bola sepaknya Si Ajib dan Si Muslim selalu sambut hari lahir dan juga dapat hadiah! Dia mahu Kak Long juga gembira nanti seperti Ajib dan Muslim!
Itu soal pertama. Soal keduanya, cukupkah duitnya untuk membeli hadiah untuk Kak Long? Pening Minah dibuatnya.
Lalu dia sanggup bekerja sambilan di warung Pak Hassan. Kalau Kak Long tahu tentu Minah kena marah. Mujur Che’ Su dan Opah menyimpan rahsianya daripada Kak Long. Adik kembarnya, Wawa dan Jaja awal-awal dah ‘zip’ mulut. Lega!!!
Selamilah perit jerih si kecil ini dalam menjayakan rancangan besar, meraikan hari lahir Kak Long kesayangannya.
* * * * *
BAM BAM tahu bagaimana untuk meneroka hati kecil anak-anak fasal kasih sayang. Penulis lulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini menambat hati pembaca melalui penulisannya yang cermat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NOVEL BAHARU TERBITAN APRIL 2012
Kategori: SI MANIS 17 (UMUM)
ISBN: 978-967-0201-48-1
Harga: RM19.00 (SEMENANJUNG MALAYSIA) / RM21.00 (SABAH&SARAWAK)
Pesanan atas talian (online): DISKAUN 20% mulai 15 APRIL 2012 disini
Hujan yang turun pada setiap hari Selasa selalunya berwarna-warni. Macam pelangi. Sepuluh saat pertama, air hujan akan mencurah-curah warna merah tetapi bukanlah seperti darah. Sekejap-sekejap hujan turun warna jingga. Kadang-kadang kuning, hijau, biru, indigo dan akhir sekali warna ungu. Kalau langit rasa gembira, hujan turun dengan pelbagai warna secara serentak. Sesungguhnya, langit memang baik hati kerana memang selalunya warna-warna hujan bercampur-campur setiap kali hujan turun. Dia tahu waktu itu langit sangat gembira. Dia juga tahu hari ini dia akan gembira.
Bagi sesetengah orang, gerabak wanita boleh saja menjadi tempat yang paling indah di dunia.
Ikhwan tidak sedar, pada pagi Selasa sambil diiringi oleh hujan yang lebat dia telah tersalah naik gerabak yang dikhaskan untuk wanita. Namun, mindanya terus sahaja melenyapkan kesalahan tersebut apabila tanpa disangka-sangka dia telah bertemu dengan gadis paling cantik di dunia.
Sophia namanya.
Bila Khaleel beritahu Sophia bahawa mereka berdua perlu berpisah atas sebab-sebab yang dirasakan sangat klise, Sophia seperti bakal hilang sebahagian nyawanya. Khaleel, si sahabat baik mahu meninggalkannya tapi Ikhwan si lelaki gila sanggup menjadi pengganti.
Di dunia yang lain, Zulaika hanya mampu makan hati berulam jantung apabila mengenangkan hati Ikhwan bukanlah untuknya. Hanya Azimah, jirannya yang separuh gila itu sahajalah yang memahami perasaannya.
* * * * *
KAMALIA pernah tertanya-tanya kenapa dia harus menjadi anak sulung sedangkan angan-angannya mahu mempunyai seorang abang yang kacak, gagah dan menjadi kegilaan gadis-gadis sekolah. Tujuannya satu, mahu menumpang populariti abangnya. Namun, sekarang dia gembira dengan gelaran kakak sulung kepada seorang adik perempuan.
Sering kali merasakan dirinya berkemungkinan besar menghidap philophobia tetapi nampaknya semakin hari ‘penyakit’ itu semakin pulih.
Membaca untuk melarikan diri sebentar daripada dunia realiti dan menulis kerana ingin bercerita tentang dunia ciptaannya.
Kamalia juga merupakan salah seorang kru pengelola bahasa Melayu di laman web komuniti Kapasitor. Karya-karya picisannya terutama cerpen boleh didapati di http://www.kapasitor.net/my/kamalia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NOVEL BAHARU TERBITAN MEI 2012
Kategori: GENIUS
ISBN: 978-967-0201-49-8
Harga: RM15.00 (SEM. MALAYSIA) / RM17.00 (SABAH&SARAWAK)
Pesanan atas talian (online): Diskaun 20% mulai 27 APRIL 2012 disini
Raja Pari-Pari mendedahkan rahsia besar dunia Aldarian kepada Darius dan Putera Adamis. Bukan satu senjata sahaja yang paling sakti di Aldarian, tetapi empat senjata bagi keempat-empat bangsa magian di Aldarian. Dan salah satu senjata sakti bernama Nafas Elbereth ada di dalam Kota Pari-Pari.
Pengembaraan Haikal kini bermula. Ditemani Lilah, anak tukang masak, dan Isyma, pelajar terbaik akademi magian, ketiga-tiganya cuba lari daripada cengkaman Gil-Gil, Si Orkos Putih. Kesilapan Haikal telah menyebabkan penjelmaan semula Ol-Borodor... dan Lilah menjadi mangsa kesilapannya.
Fitri terpaksa menjadi pahlawan untuk bertempur bagi pihak Chiamki sebelum Chiamki dapat menolong Fitri setelah terdampar di Pulau Mata. Tanpa pengetahuan kedua-duanya, pahlawan yang akan ditentang oleh Fitri itu sebenarnya adalah makhluk kegelapan yang cuba untuk memusnahkan Kaum Mata.
Mereka semua bertarung demi Aldarian dan menanti penuh debar Hari Orosis, hari kebangkitan Azeroth.
* * * * *
JOHN NORAFIZAN memiliki Ijazah Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Salford, Manchester dan Diploma TESL daripada London Teaching Training College, UK. JOHN NORAFIZAN berpendapat novel genre fantasi adalah penting dalam melestarikan pemikiran remaja untuk melahirkan generasi yang berimaginasi, kreatif, matang dan bersatu padu dalam ruang lingkup sosiobudaya masyarakat Malaysia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|