CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Undian panas!

[Copy link]
Post time 17-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Arsenal, Chelsea akan \'layan\' dua kelab Serie A\rPARIS: Dua kelab England yang masih bersaing dalam Liga Juara-Juara, Chelsea dan Arsenal, kedua-duanya diundi bertemu wakil Itali, manakala juara bertahan, Barcelona bakal berdepan kelab Jerman, Bayer Leverkusen untuk pusingan kalah mati, Februari dan Mac depan.\r\n\n\n\n\rChelsea bakal menentang Napoli manakala Arsenal bertemu juara Serie A, AC Milan dengan kedua-dua aksi pertama dijadual di tempat lawan.\r\r\n\n\n\n\nNapoli pasti tidak boleh dipandang mudah oleh Chelsea kerana kelab Itali itu layak selepas mengetepikan Manchester City pada saingan peringkat kumpulan manakala bagi Arsenal, ia adalah pertembungan ulangan dengan Milan di peringkat sama pada musim 2007/08.\rPada perlawanan itu, Arsenal menang menerusi agregat 2-0 hasil jaringan lewat Cesc Fabregas dan Emmanuel Adebayor pada aksi kedua di San Siro.\r“Ia pasti dua perlawanan yang hebat. Secara jujur, memang kalau boleh kami mahu diundi bertemu pasukan lain. Tapi jangan lupa, sejarah kami bertemu Milan cukup baik,” kata setiausaha Arsenal, David Miles.\rLima lagi perlawanan pusingan kalah mati bakal menyaksikan Real Madrid bertemu CSKA Moscow, Bayern Munich bertemu Basel, Marseille bertemu Inter Milan, Benfica bertemu Zenit St Petersburg manakala Lyon bertemu APOEL Nicosia.\r\n\n\n\rSementara itu, undian pusingan kalah mati Liga Europa pula menyaksikan dua kelab England yang tersingkir dari Liga Juara-Juara, Manchester United dan City masing-masing dijadual bertemu Ajax dan Porto manakala Stoke berdepan Valencia, Februari depan. - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.375388 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list