CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

KOM akan pertimbang kedudukan Karim sewajarnya: Shahidan

[Copy link]
Post time 17-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PRESIDEN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam mengakui wujud pendekatan kurang berhemah dalam tindakan diambil Timbalannya, Karim Ibrahim, sehingga mencetus pelbagai polemik dalam kesatuan itu, sejak akhir-akhir ini.\rKenyataan itu dilihat agak menggemparkan apabila Shahidan yang sering dilabel sebagai \'pelindung\' Karim sebelum ini, turut mendedahkan ada tindak-tanduk yang diambil orang kanannya itu dalam mencorak masa depan badan induk olahraga negara berkenaan, dibuat atas dasar pertimbangan sendiri.\r\n\n\n\n\r  Apa pun, kata Shahidan KOM tidak akan terus melatah. Sebaliknya kedudukan Karim akan dipertimbangkan sewajarnya oleh kesatuan, dengan mengambil kira jasa serta peranan beliau dalam membantu KOM selama ini.\r\r\n\n\n\n\n  \"Banyak perkara perlu diambil kira dalam hal ini, bukannya sekadar menentukan hukuman semata-mata. Pada saya, kita perlu berhati-hati dalam bertindak untuk menyelesaikan kemelut yang timbul.\r\"Kita akan putuskan mengenai kedudukan Karim dalam Mesyuarat Agung KOM akan datang untuk menentukan sama ada dia akan terus kekal dan berkhidmat atau berhenti,\" katanya ketika diminta mengulas kenyataan pengkritik sukan, Profesor Dr Emeritus, Tan Sri Khoo Kay Kim yang mencadangkan agar Karim berundur secara terhormat, selepas banyak tindak tanduk serta keputusan Timbalan Presiden KOM itu didakwa menjadi pencetus konflik antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan KOM.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.538839 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list