CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

Cantik, lasak

[Copy link]
Post time 29-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tak tidur gara-gara filem seramWALAU pada bahagian betis dan lengannya tidak lagi putih mulus dek beberapa kesan lebam berikutan aksi lasak, Carmen Soo tetap bersemangat meneruskan penggambaran filem Dead Mine yang berlangsung di Batam, Indonesia.\n\n\n\nPelakon tempatan yang turut membina kerjaya mantap di Hong Kong, Filipina dan Singapura itu nyata puas apabila berpeluang melakukan sendiri babak mendebarkan dengan bimbingan pengarahnya, Steven Shiel.\n\n\n\n\nMembawakan wanita licik dan punya misi di sebalik lagak lembutnya, akui model terbabit hasil kerja penuh teliti Steven selain peluang bergabung dengan ramai bintang Asia lain membuatkannya begitu teruja sepanjang di lokasi.“Apabila menghadiri uji bakat, saya tidak meletakkan harapan tinggi, namun berharap dapat bekerja di bawah arahan Sheil kerana hasil buah tangannya, Mum & Dad juga antara sebuah filem seram yang bagus. “Sebaik dipilih, saya tidak sabar melihat Dead Mine muncul di layar lebar seluruh rantau ini. Ia pengalaman menyeronokkan walaupun lebam sentiasa muncul di badan,” katanya ketika ditemui di set penggambaran.Selain aktres berusia 38 tahun itu, Dead Mine turut dibarisi aktor Indonesia, Joe Taslim, Jaitov Yanda dan Mije Lewis serta Miki Mizuno (Jepun), Sam Hazeldine (British) dan Jimmy Taenaka dari Singapura. \n\n\nBiar jadual di set cukup padat  bermula seawal pagi hingga tengah malam, Carmen mengakui dia sudah biasa bekerja lebih masa ketika menjayakan drama bersiri di Filipina.“Pengalaman bekerja di Filipina untuk beberapa drama siri membuatkan saya sudah imun dengan jadual yang panjang. Kadangkala lebih 24 jam di hadapan kamera tetapi ia memang budaya di sana kerana mereka punya episod yang banyak untuk disiapkan.“Sekurang-kurangnya pengalaman yang saya raih bekerja dengan pelbagai produksi di beberapa negara mengajar saya supaya lebih kental. Semua ini pengalaman yang cukup manis, begitu juga dengan Dead Mine.“Apabila di hadapan kamera watak kami saling mencurigai antara satu sama lain tetapi di luar babak kami penuh dengan gelak ketawa. Itu yang menyeronokkan apabila semua pelakon berbincang untuk mendapatkan hasil terbaik,” katanya lagi.Dead Mine berkisar mengenai pemburuan terhadap harta karun peninggalan Jeneral Yamashita yang dikatakan tersembunyi di satu lokasi di sebuah pulau di Indonesia dan sekumpulan orang cuba menjejak emas berkenaan.Mereka terjumpa sebuah bunker peninggalan tentera Jepun dan cuba merungkai misteri di sebalik penemuan itu namun situasi menakutkan mula melanda kerana sejak itu bermulalah kejadian menakutkan.Filem aksi seram ini dijadualkan di pawagam tahun depan. Pelakon yang bermula sebagai model pada usia 17 tahun itu baru menyelesaikan sebuah lagi filem seram berjudul The Hunter yang mengambil lokasi di China, Hong Kong dan Malaysia.Menyingkap semula repertoire lakonannya, Carmen ke Hong Kong pada usia 20 tahun untuk membina nama di pentas peragaan namun disebabkan ketinggiannya dia mencuba nasib pula di arena lakonan.Wajah jelita saja tidak mencukupi jika tiada bakat tetapi dia membuktikan dirinya hadir bersama pakej lengkap malah sejak itu kerjaya seni melebar hampir ke seluruh rantau ini dan Carmen pernah membintangi filem Gorgeous bersama Jackie Chand dan Shu Qi.Drama bersiri yang mencetus fenomena di Filipina, Kahit Isang Sanglit bersama Jericho Rosales selain The Pupil di Singapura antara lakonannya yang menyerlah. Tidak hairan sikap profesional serta kemampuan membuatkan dia disenangi banyak produksi luar.Ditanya apakah dia lebih senang menjayakan projek lakonan di luar negara, katanya tidak pernah terdetik untuk meninggalkan peluang di negara sendiri tetapi kebanyakan undangan adalah daripada luar.“Ketika menjayakan drama bersiri di Filipina saya pernah menghabiskan masa sembilan bulan di sana. Walaupun masih sempat berulang-alik ke Kuala Lumpur, ada antara tawaran membintangi drama di Kuala Lumpur terpaksa saya lupakan demi komitmen ini.“Begitu pun, timbul sedikit rasa sedih. Namun saya yakin rezeki tetap ada. Macam The Hunter yang menjalani penggambaran Jun lalu, Malaysia antara lokasinya.“Memang rindu terhadap keluarga dan rakan. Kebanyakan masa saya bergerak antara Singapura, Malaysia dan Filipina. Ia memenatkan dan pada masa sama pengalaman menyeronokkan,” katanya yang mengintai peluang ke China, India dan Taiwan pula.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.178283 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list