|
Pengorbanan suci kekasih tutup aib pujaan hatiLUPAKAN seketika kontroversi yang menyelubungi pementasan Se-Merah Padi ke rana isi teater yang ditonjolkan di Lambang Sari Istana Budaya hingga Ahad ini (31 Disember) sudah mampu menutup kekalutan yang tercetus di luar gelanggang.\rPujian wajar diberikan kepada seluruh produksi termasuk barisan pelakon dan krew belakang tabir apabila segala rasa yang mahu dikongsi dengan khalayak dipaparkan dengan kemas tanpa adegan meleret-leret.\r\n\n\n\n\rDalam tempoh singkat, Rosdeen Suboh selaku pengarahnya membawa penonton ke sebuah perkampungan Melayu yang masyarakatnya kuat dilingkungi adat dan agama hingga berlakunya kejadian serangan puak lanun yang membawa pengakuan mukah atau zina antara Aduka dan Dara. \r\r\n\n\n\n\nNamun berlainan daripada garapan di layar perak yang menyaksikan lako nan mantap Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee, babak akhir dilencongkan kepada penutup yang lebih dramatik - pengakuan zina si ke kasih demi menutup aib gadis yang menjadi mangsa noda.\rBiar berdepan hukuman 100 sebatan disebabkan pengakuan itu, Aduka, lakonan Khir Rahman masih menutup mulut semata-mata enggan membiarkan maruah pujaan hatinya yang sudah menjadi tunangan sahabat baik sendiri, Taruna (Fauzi Nawawi) mendapat malu lebih hebat kerana dirogol!\rBegitulah pengorbanan suci seorang kekasih walau mengetahui dara impian sudah ditebuk tupai sekali gus bersedia memikul tanggungjawab supaya kekasih dan keluarganya tidak mendapat aib lebih besar jika kejadian pemerkosaan itu diketahui ramai.\rBagi yang pernah menonton filem Semerah Padi, dalam kepala tentu sudah membayangkan satu persatu visual pertembungan cint a tiga segi antara Ta runa, Aduka serta anak penghulu, Dara pasti menyangka paparan di pentas tidak jauh berbeza dengan di layar perak.\r\n\n\n\rNyata sangkaan awal itu jauh tersasar malah tidak keterlaluan dikatakan segala-galanya tampak sempurna baik dari segi mainan emosi pelakon, pencahayaan, muzik latar, pemilihan lagu hingga sentuhan terhadap perub ahan latar babak yang cukup menarik. \rSentuhan jitu diberikan kepada props gergasi membabitkan perkampungan, rumah besar tok penghulu, kediaman penduduk kampung, kawasan pertanian, gua dan tidak terkecuali tempat persembunyian lanun yang menghidupkan keseluruhan kronologi kisah.\rMalah kehadiran tujuh makhluk yang menjadi simbolik kepada nafsu menonjolkan perlambangan kepada setiap insan bahawa walau sebaik mana pun individu, dorongan nafsu sentiasa menanti untuk menerkam tetapi masih mampu dikawal dengan akal dan kembali kepada-Nya.\rTidak perlu panjang le bar, babak pembukaan di sebuah kampung yang mendamaikan ditonjolkan menerusi perpaduan seluruh masyarakat menerusi lagu dan dari situ ju ga sudah diselitkan paparan awal konflik dalam hubungan Aduka dan Dara yang juga lakonan bintang baru, Abby Nadzri. \rBabak diteruskan dengan pertunangan antara Ta runa serta Dara. Kelibat Aduka yang sekadar memandang dari jauh sudah menunjukkan betapa hatinya remuk redam melihat bunga idaman dipetik orang.\rKemudian kejadian penangkapan seorang lelaki dari luar, Jejaka (Bohari Ibrahim dengan isteri penduduk kampung, Galak (B aby Erin) yang berzina menyebabkan kedua-duanya dihukum sekali gus menyebabkan adik si mati, Bonek (Opie Zami) nekad membalas dendam.\rSememangnya mengangkat sebuah naskah yang sekian lama dihasilkan di layar perak untuk divisualkan pula di pentas te ater bukanlah kerja mudah walaupun ada segelintir menyifatkan ia sebagai kerja senang berikutan rangka yang sudah sedia ada.\rNamun ia tidak semudah disangkakan apatah lagi pastinya peminat Seniman Agung itu sendiri sedikit sebanyak cuba membuat perbandingan atau lebih tepat akan cuba melihat kelemahan dari setiap sudut.\rApa pun, produk si yang turut dibintangi Azizah Mahzan sebagai ibu Dara serta Datuk Baharuddin Haji Omar selaku ketua kampung mampu menyahut cabaran malah kedua-dua pelakon senior ini turut membuktikan mereka sememangnya pelakon versatile.\rJika ada sebilangan penerbitan yang berpaksikan teater muzikal seakan kurang percaya terhadap nyanyian pelakon secara langsung atau sememangnya mengambil kerja mudah dengan merak amkan lagu terlebih dahulu, Se-Merah Padi tidak berbohong kepada penonton.\rBukan hanya bermain emosi, mereka juga menari dan menyanyi secara langsung seperti mana ditonjolkan Aziz ah, Bahaharuddin dan sebahagian besar lagi pelakon pementasan itu malah yang berada di bangku penonton juga merasa lebih puas.\rDari segi lakonan, tiada siapa boleh mempertikaikan kemampuan Azizah mahu pun Baharuddin yang nyata ‘memberi’ dalam setiap babak begitu juga Opie, Fauzi dan tentu sekali Khir Rahman yang begitu melankolik.\rMasing-masing membina karakter hitam dan putih dengan cemerlang.\rWalau tidak punya banyak pengalaman, Abby mampu menyerlahkan keupayaannya membawakan emosi cinta tidak kesampaian seorang gadis dengan baik cuma pada pengakhiran Dara lebih banyak merintih.\rBiar apa pun tanggapan, teater Se-Merah Padi yang dibawakan Keno Produc tion menjadi penutup tirai persembahan pementasan Istana Budaya yang indah untuk ditonton kerana segala-galanya tampak indah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|