View: 114|Reply: 0
|
Pemimpin Islam mahu Williams disenarai Muslim paling berpengaruh
[Copy link]
|
|
WELLINGTON (New Zealand): Pemimpin Islam di New Zealand sedang berusaha memastikan pemain All Black dan bintang Muslim, Sonny Bill Williams tersenarai di antara 500 Muslim paling berpengaruh.\rMereka kecewa pemain juara dunia itu gagal menempatkan diri dalam senarai 2011 dan akan menulis kepada penerbitnya - Pusat Kajian Strategik Islam Diraja yang terletak di Jordan - untuk memasukkan nama pemain ragbi itu tahun depan.\r\n\n\n\n\r Menurut pusat kajian berkenaan, senarai tahunan mereka membabitkan tokoh Islam berpengaruh yang membuat perubahan besar dalam dunia Islam, serta memberi gambaran bagaimana kehidupan Islam sebenar kepada umat Islam lainnya.\r\r\n\n\n\n\n Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Islam New Zealand, Javed Khan berkata dia akan menulis surat kepada pusat berkenaan untuk memberitahu mereka mengenai Williams.\r“Sonny Bill Williams adalah Muslim paling popular di New Zealand dan, dalam tahun Ragbi Piala Dunia, dia menjadikan kepercayaannya sebagai teras,” kata Khan. “Saya rasa punca utama dia tidak tersenarai adalah kerana mereka tidak mengetahui wujudnya bintang Muslim di New Zealand.”\rWilliams memeluk Islam pada 2008 selepas mendengar khutbah di Masjid Sydney.\rRaja Arab Saudi, Abdullah mengetuai senarai Muslim paling berpengaruh sepanjang 2011. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|