|
Pengendali Arsenal dakwa pengadil punca kalah\rLONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kembali melenting apabila menyalahkan pengadil, Lee Probert sebagai punca pasukannya kalah 1-2 kepada Fulham, awal pagi semalam dengan mendakwa mereka dinafikan sepakan penalti dalam empat daripada lima perlawanan terakhir.\r\n\n\n\n\r Pengendali dari Perancis itu yakin pasukannya harus dihadiahkan sepakan penalti ketika bertemu Manchester City, Aston Villa, QPR dan terbaru pada awal pertemuan di Craven Cottage itu apabila Gervinho dijatuhkan pertahanan Fulham, Philippe Senderos.\r\r\n\n\n\n\n “Pengadil nyata mempengaruhi perlawanan ini dengan cara yang salah pada pandangan saya. Jadi kami tidak mampu mempengaruhi keputusan perlawanan.\r“Kami beraksi baik pada babak pertama. Tapi pada babak kedua, kami semakin letih dan pada 10 minit terakhir, kami kehilangan rentak kerana terpaksa beraksi 10 pemain,” kata Wenger yang kini berdepan tindakan tatatertib kerana kritikan terhadap Probert itu.\rArsenal mendahului menerusi Laurent Koscielny pada minit ke-21 tetapi mereka terpaksa beraksi 10 pemain selepas Johan Djourou dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-78, sekali gus membenarkan Fulham meledak dua gol menerusi Steve Sidwell (85) dan Bobby Zamora (90).\rArsenal anggap mereka mampu pulang dengan sekurang-kurangnya satu mata jika Probert menghadiahkan sepakan penalti selepas Gervinho dijatuhkan Senderos pada insiden minit ke-13 itu. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|