|
WALAUPUN Cik Normah tahu, topik mengenai filem Ombak Rindu yang muncul sebagai filem drama cinta paling berjaya sudah banyak kali diperkatakan, namun tentunya peminat masih ingin tahu apa-apa perkembangan mengenai filem lakonan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani itu.\rYalah, dengan pungutan kasar RM10.8 juta, filem arahan Osman Ali itu tentu saja mencipta kejutan dan sejarah tersendiri dalam dunia perfileman tempatan. \r\n\n\n\nSelepas KL Gangster arahan Syamsul Yusof yang memungut kira-kira RM11.7 juta, inilah filem Melayu kedua paling berjaya di pawagam sepanjang tahun lalu.\r\rCik Normah yang sempat menonton filem itu beberapa minggu lalu turut merah biji mata kerana banyak kali menangis dalam panggung. Habis saja tayangan, Cik Normah keluar cepat-cepat untuk mengelakkan penonton lain melihat mata Cik Normah yang bengkak itu.\r\n\n\n\n\n\rBagaimanapun, kali ini bukan pasal filem itu yang Cik Normah hendak tulis panjang-panjang di sini. Sebaliknya Cik Normah dapat tahu, Ombak Rindu yang diangkat daripada novel tulisan Fauziah Ashari itu juga khabarnya menarik minat Istana Budaya (IB) untuk dipentaskan di panggung berprestij mereka itu.\rKhabarnya lagi, novel terbabit sudah lama juga berada dalam kepala orang kuatnya, Mohamed Juhari Shaarani atau panggilan mesranya di kalangan teman media, Abang Joe (Ketua Pengarah), sejak mereka berhasrat mementaskan Badai Semalam lagi. \rNamun, apabila filem itu pula yang meletup, keinginan mementaskan Ombak Rindu itu dipendamkan dulu. Yalah, bimbang pula nanti orang kata, IB sengaja mencuri peluang populariti filem terbabit untuk menarik perhatian peminat. \rAlah, apa hendak dirisaukan Abang Joe? Kalau betul perancangan hendak mementaskannya sudah ada, baik teruskan saja. Cik Normah pun dapat rasa, ramai peminat yang teringin untuk menonton Ombak Rindu dalam versi teater pula, selepas mereka tersedu-sedan menontonnya dalam bentuk filem. \rCik Normah juga dengar cerita, untuk versi teater nanti, ada beberapa perubahan dalam barisan pelakon dan mungkin juga sedikit olahan dilakukan terhadap jalan ceritanya, untuk disesuaikan dengan persembahan pentas. \rTetapi, kalau dapat dikekalkan barisan pelakon utamanya, pasti lebih menarik kan?\rLagipun, Aaron memang sudah membuktikan, dia punya tarikan kuat di pentas teater, seperti yang ditunjukkan menerusi Badai Semalam sebelum ini. Malah boleh dikatakan, dialah bintang paling menjanjikan keuntungan sepanjang tahun lalu, sama ada di filem mahupun pentas. Bukankah KL Gangster yang meletup-letup di box office itu juga dilakonkan olehnya?
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|