CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

‘Atlit dadah’ yakin tak salah

[Copy link]
Post time 5-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
ATLIT itu yakin dia tidak bersalah.\rPresiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Zafarul Akbar Kassim berkata kenyataan itu dikeluarkan sendiri atlit angkat berat yang didakwa positif ujian doping ketika Sukan SEA di Palembang, November lalu.\r\n\n\n\n\r   “Atlit itu sudah mewakili negara hampir 12 tahun dan selama ini dia mempunyai rekod bersih dengan tidak pernah berdepan sebarang masalah sepanjang mewakili negara di peringkat antarabangsa.\r\r\n\n\n\n\n   “Bila dia kata dia tidak buat, kami percayakannya dan bagi kami, dia tidak bersalah sehingga keputusan ujian kedua sampel B dikeluarkan nanti,” katanya.\rAtlit itu bersama 18 atlit lain  menjalani latihan , 45 hari di China sebelum bermulanya Sukan SEA dan kesemua makanan serta ubat-ubatan dipantau jurulatih dari China, Lin Xinhui.\r“Awal-awal lagi saya mengingatkan jurulatih supaya memerhatikan atlit supaya tidak menggunakan ‘benda-benda pelik’. Lagipun ada kes ujian doping sebelum ini yang menyaksikan atlit didapati positif dalam sampel A tetapi negatif apabila diuji semula dalam sampel B,” katanya.\rBagaimanapun, Zafarul berkata, atlit angkat berat itu tidak akan terlepas dikenakan hukuman jika didapati positif dalam sampel B dan bakal dikenakan tempoh penggantungan lebih enam bulan, mengikut jenis steroid yang dikesan.\r\n\n\n\rKali terakhir atlit angkat berat dikena hukuman penggantungan  positif  bahan terlarang adalah pada 2005 apabila Amirul Hamizan Ibrahim  dan digantung dua tahun kerana didapati bersalah menggunakan dadah steroid anabolik.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.069623 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list